Sunday, February 22, 2009

SELANGOR KINI: KESEDARAN DAN KEFAHAMAN

SELANGOR KINI (KESEDARAN DAN KEFAHAMAN)
PROGRAM SELANGOR KE ARAH DAKWAH KONTEMPORARI
9 FEB 09/13 SAFAR 1430 – KAHERAH MESIR
Oleh: Ustzh Hjh Maryam bt Abdul Rashid

Muqaddimah

1. Selangor adalah negeri negeri yang mengandungi pelbagai kaum dengan komposisi bangsa Melayu berbanding dengan bukan Melayu bernisbah 49 : 51.

2. Selangor juga adalah negeri yang terkaya dan sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi samada perindustrian mahupun sebagai pusat korporat atau perniagaan.

3. Selangor juga tertumpu pusat pentadbiran negara dan pusat-pusat pengajian tinggi.

4. Di kawasan-kawasan bandar terdapat majoriti penduduk berbangsa Cina kerana realitinya bangsa Cina telah menguasai kegiatan ekonomi di kawasan pekan dan Bandar kecuali Shah Alam. Manakala di kawasan-kawasan kampong tradisi pula(Malay Land) majority penduduknya berbangsa Melayu yang beragama Islam.

8 Mac 2008 bermulanya perubahan.

Selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini telah berlaku perubahan besar di negeri Selangor bilamana kuasa pemerintahan negeri Selangor telah bertukar daripada kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat bergabung di antara 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Walaupun dari segi matlamat ketiga-tiga parti ini sama iaitu menegakkan keadilan dan menghapuskan penyelewangan dan kezaliman, tetapi dari ketiga-tiga parti ini hanya PAS sahaja bermatlamat dan bertunjangkan Islam.

Pemerintah dahulu telah gagal untuk melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Malah mereka dilihat tidak mengambil berat masalah-masalah yang berlaku ke atas umat Islam terutama di kalangan anak muda dan remaja yang beragama Islam yangmana ramai di kalangan mereka telah terjebak dalam cara hidup hendonisme, gangsterism, seks bebas, penyalahgunaan dadah dan berbagai-bagai masalah social lagi. Islam Hadhari yang diperkenalkan tidak membawa apa-apa kesan kerana iannya hanyalah sebagai slogan sahaja tetapi tidak dalam bentuk pelaksanaan.

Pembangunan ekonomi yang dilaung-laungkan tidak boleh menyelesaikan masalah masyarakat kecuali dengan mengambil Islam sebagai asas dalam pemerintahan.

Perubahan telah membuka laluan kepada dakwah Islam

Perubahan kepada tampuk pemerintahan negeri Selangor menjadi satu peluang kepada kumpulan Islam untuk melebarluaskan dakwah Islam yangmana sebelum ini dakwah Islam disekat dan penceramah-penceramah yang ingin menyampaikan risalah Islam yang sebenar akan di ‘gam’ atau tidak dibenarkan mengajar kuliah-kuliah di masjid dan surau di negeri Selangor.

Selangor kini telah membuka mimbar-mimbar masjid, dewan-dewan masjid, dewan serbaguna dan dewan orangramai bagi mempermudah kerja-kerja dakwah dijalankan.

Bagaimana mengisi perubahan dan kemenangan?

Sebagaimana pemerintahan Rasulullah saw, baginda memfokuskan kepada tiga aspek utama bagi mengisi kemenangan:-

1. Dakwah
2. Tarbiyyah
3. Kebajikan

1. Dakwah

Dakwah adalah tugas utama para Rasul dan memang mereka diutuskan adalah untuk berdakwah kepada sekelian manusia. Tugas ini perlu diteruskan walaupun penerusan kepada kerja dakwah oleh para ulama tetapi setiap mukmin juga tidak terkecuali dengan tugas dakwah.

Firman Allah swt bermaksud:

‘ Dan sesungguhnya kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap ummat (untuk menyerukan), dan sembahlah Allah dan jauhilah Thaghut.’ (An Nahl – 36)

‘ Kamu adalah sebaik-baik umat, yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang berbuat kejahatan.’ (Ali Imran 110)

Tugas dakwah juga tidak mengira jantina samada lelaki dan wanita. Setiap orang diberi tanggungjawab yang sama.

Firman Allah swt bermaksud:

‘ Orang-orang beriman lelaki dan orang-orang beriman perempuan, setengahnya menjadi pembantu kepada yang lain. Mereka menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan.’ (At Taubah 71)

Persiapan Dakwah

Dalam suasana hari metodologi dakwah mestilah menerang bukan menyerang. Dakwah mestilah mempamerkan kesyumulan Islam itu sendiri Oleh kerana Selangor adalah negeri yang penduduknya berbagai bangsa, agama, latarbelakang yang berbeza, taraf hidup yang berbeza maka pendakwah mestilah kenalpasti sasaran sebelum berdakwah.
1. Dakwah melihat kepada reality dan waqi semasa. Mestilah melihat kepada keadaan masyarakat sesuatu tempat sebelum memulakan dakwah atau menyampaikan sesuatu mesej atau ucapan. Memahami taraf pemikiran dan penerimaan mereka sangat-sangat penting.
2. Dakwah berdasarkan kepada latar belakang, taraf hidup dan taraf pendidikan. Pendakwah hendaklah mudah mendekati siapa sahaja walau artis sekalipun bagi menyampaikan mesej dakwah.
3. Dakwah melihat kepada kehendak dan kecenderungan masyarakat. Seperti hiburan, sukan bolehlah digunakan sebagai medium dakwah.


Bagi mempastikan dakwah berjalan dengan baik berkesan perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian:-

1. Penguasaan kepada pengurusan masjid yangmana hendaklah dilantik mereka yang benar-benar menunaikan amanah dan mengimarahkan masjid dengan program ilmiah.
2. Memperkasakan Kelab-kelab Remaja bagi mendekati remaja dengan program-program yang sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka. Pendekatan-pendekatan lain juga bolehlah dilakukan seperti menubuhkan Kelab Bikers (Berbasikal), Kelab Bermotor (Konvoi bermotor) dan banyak lagi pendekatan dakwah boleh digunakan.
3. Mendekati Non Muslim dengan Penubuhan Kelab Penyokong Pas dan juga meraikan hari-hari kebesaran mereka.
4. Menubuhkan NGO kebajikan dan dakwah. Masyarakat lebih berminat dan memberi sambutan bila program kebajikan dan dakwah dengan menggunakan nama NGO.
5. Lain-lain platform ialah melalui internet dan banyakkan program bersama masyarakat.

2. Kebajikan.

Melalui program-program kebajikan juga memudahkan kita berdakwah. Mereka yang lemah dan dhaif adalah sasaran yang mudah menerima dakwah. Seperti menyampaikan sumbangan bantuan samada wang ringgit atau barangan makanan. Boleh menggunakan kesempatan untuk menyampaikan Islam kepada penerima sumbangan.

Ziarah hospital juga mestilah diadakan sekerap mungkin. Pesakit biasanya adalah mereka yang menjadi pendengar yang baik. Dakwah akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Perkara-perkara di atas telah dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada sasaran mereka bagi menyampaikan dakyah mereka.

3. Tarbiyyah

Memfokus kepada pendakwah sendiri. Pendakwah mestilah meng ‘up grade’ kan diri mereka dengan menambah dan menguasai ilmu Islam dan bersedia mengubah dan memperbaiki kelemaha-kelemahan yang ada pada dirinya. Pendakwah mestilah bersedia untuk ditarbiyah dan mendapat tarbiyah yang berterusan supaya apa yang disampaikan memberi kesan kepada sasaran dakwah.

Pendakwah mestilah mengikat diri dengan jamaah Islam (PAS) supaya jamaah boleh mengawal pendakwah dari tersasar dari matlamat dakwah – mesti bersama dalam setiap program tarbiyah dan program yang dianjurkan oleh jamaah.

Pendakwah mesti kuasai semua bidang ilmu termasuk ICT, ilmu pentadbiran dan organisasi.

Pendakwah mestilah mementingkan akhirat daripada dunia – berdakwah tanpa mengharap habuan duniawi.

Kesimpulan.

Bagi mengekalkan perubahan kepada Selangor kini, semua peringkat kepimpinan hendaklah memainkan peranan supaya penerusan kepada ruang yang mudah kepada dakwah Islam dapat dilaksanakan.

Penutup

Pendakwah mestilah juga pejuang dan pemimpin kepada ummah, barulah dakwahnya selaras dengan dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Sekiranya semua pendakwah adalah pejuang insyaallah Islam pasti akan tertegak di mukabumi ini amnya dan di negeri Selangor khasnya.


Ustazah Maryam Abdul Rashid
12 Safar 1430 H/8 Feb 09
Cairo, Mesir

0 comments: