Thursday, February 19, 2009

TIADA ISTILAH REHAT BAGI PEJUANG

Jumpa kembali setelah sekian lama saya tidak mengadap dan menulis blog. Oleh kerana sejak akhir-akhir ni kesibukan menyelesaikan masalah dan aduan masyarakat yang tidak diselesaikan oleh pihak umno bn dahulu dalam pentadbiran majlis bandaraya shah alam. Alhamdulillah..banyak masalah dapat diselesaikan terutama lesen-lesen peniaga yang nampaknya agak terabai, begitu juga gerai-gerai kerajaan yang disewakan kepada individu tertentu, tetapi berlaku juga penyelewengan dalam pembahagian gerai tersebut. Alhandulillah..masalah gerai juga dapat diselesaikan. Sememangnya amanah sebagai ahli majlis bukanlah suatu tugas yang mudah, olehkerana amanah ini adalah tuntutan yang wajib ditunaikan dan sekiranya dapat dilaksananakan dengan baik maka dalam menyelesaikan masalah masyarakat juga ada ruang untuk mempamerkan keindahan Islam dan dakwah kepada masyarakat. Apapun dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil kerajaan negeri matlamat dan paksi mestilah berasaskan Islam.

Kesibukan saya disambung pula dengan tugas dan amanah yang dipikulkan untuk memimpin jentera muslimat pas selangor di PRK Kuala Terengganu. Dua minggu saya berkampung di Kuala Terengganu bermula dari sehari sebelum penamaan calon hinggalah sehari selepas PRK Kuala Terengganu.

Sepanjang berada di KT semasa berkempen banyak pengalaman yang dapat diperolehi terutama tentang strategi dan gerakerja pilihanraya.Muslimat Selangor telah diberi kepercayaan untuk menyusun gerakerja di UPU Batas Baru, kebetulan Ayah Chik telah turun di UPU tersebut, sekali lagi muslimat Selangor telah diberi kepercayaan juga untuk mengatur program menyambut kehadiran Ayah Chik dan dan tidak disangka-sangka saya diberi peluang memberi ucapan aluan sempena lawatan Ayah Chik yangmana sebelum ini saya tak pernah bermimpi bahawa saya boleh berucap depan Presiden Pas. Rumah Operasii Muslimat Selangor juga dicerobohi oleh orang penting Puteri UMNO.. dan usaha mereka untuk perangkap kami gagal dan rupanya kami yang memerangkap mereka hingga akhirnya lari lintang pukang, tak berani dah untuk muncul di markaz-markaz Pas lagi.

Penglibatan sepenuh masa dan secara langsung dengan pilihanraya kecil adalah seolah-olah suatu kursus dan latihan kepada pejuang Pas untuk memantapkan diri sebagai pendokong parti dan persediaan sebagai kepimpinan. Alhamdulillah penat dan letih kami semasa berkempen hilang bila Kuala Terengganu dianugerahkan kemenangan oleh Allah dan rasanya sebagai hadiah kepada kami jentera pilihanraya PRK KT muslimat Selangor.Saya melihat kesungguhan jentera muslimat Selangor yang datang memandu sendiri dari Selangor semata-mata untuk bekerja dan berkempen dan ingin melihat kemenangan Pas di Kuala Terengganu. Sepanjang tempoh berkempen kami ditempatkan di rumah operasi muslimat Selangor di Batas Baru.Di situlah berkumpul jentera muslimat Selangor yang melapor dan mendaftarkan diri untuk bertugas dan kami tinggal dalam rumah tersebut macam sadin penuh dan sarat.

Walaupun penuh macam sadin, tapi kami rasa kemanisan dan seronok bilamana di sanalah terjalin ukhuwah yang erat bilamana makan bersama, rebut bilik air dan setiap hari ada diselitkan aktiviti tarbiyah seperti tazkirah subuh dan aktiviti qiamullahil dan munajat. Jadi PRK KT baru-baru ini juga bolehlah dikatakan sebagai suatu tamrin kepada muslimat Selangor.

Adalah menjadi suatu yang amat merugikan kepada petugas yang tidak bersama atau mereka yang memilih untuk tinggal di tempat selesa seperti rumah-rumah vip dan rumah tetamu kerana tidak dapat merasa dan menghayati rasa susah dan jalinan ukhuwah bila bersama-sama dengan petugas yang ramai. Sebenarnya sebagai pimpinan, inilah peluang untuk bersama-sama dengan ahli bila tinggal bersama dengan mereka, bekerja, berkempen dan berbincang.

Belum habis letih,muslimat Selangor berkumpul dan berhimpun semula di Program Tamrin Kepimpinan di Markaz Tarbiyah Taman Melewar. Tamrin yang bertemakan ' Pemantapan kepimpinan Pasca Kemenangan' telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peserta dari kawasan-kawasan seluruh selangor. Mungkin kerana semangat PRK KT masih membara lagi ataupun kerana benar-benar atas kesedaran bahawa pentingnya tarbiyah lebih-lebih lagi pada era kemenangan. Sebenarnya untuk menjadi kepimpinan yang baik dan mantap, seorang pejuang mestilah melalui dan merasai proses tarbiyah dan besedia untuk menghadiri program-program tarbiyah yang dianjurkan. Kehadiran kepada program tarbiyah seperti tamrin dan usrah mestilah menjadi kayu pengukur atau panduan untuk memilih kepimpinan yang baik. Kegagalan hadir program tarbiyah menyebabkan sesuatu kepimpinan seolah-olah tidak cukup syarat dan tidak lengkap kerana tarbiyah adalah suatu prinsip dan dasar kepada perjuangan dan gerakan Islam.

Penutup tamrin dengan penuh rasa terharu dan tangisan bilamana slot perpisahan diisi dengan doa rabitah dan salam jamaie serta berpelukan antara peserta. Rasanya berat untuk berpisah, sayang dan kasih kepada sahabat membenih dalam hati dan jiwa walaupun tak sampai 24 jam bersama. Amat rugilah mereka yang tidak hadir tanpa alasan uzur syarie kerana tidak merasa kemanisan perjuangan dari pengalaman manis ini. Inilah hasilnya tamrin, selain dari menyelaraskan fikrah peserta tetapi juga dapat mengikat hati-hati peserta dan mengeratkan ukhuwah.

Pulang dari tamrin..banyak tugas yang perlu diselesaikan sebelum bemusafir ke Timur Tengah. Belum sempat merancang ke Mesir, meletup cerita lompat melompat YB PR negeri Perak. Masyaallah..sudah pasti ada lagi tugas besar menanti sekiranya Sultan memperkenan di bubarkan DUN Perak. Rupanya tidak berlaku begitu bilamana pemimpin tak malu UMNO BN mengisytihar mereka telah merampas semula kerajaan Perak dan DUN Perak tidak dibubarkan. Jadi PRU Perak mungkin tak berlaku.

Perancangan ke Mesir, Jordan, Syria diteruskan juga. 7 Feb 09.. bertolak ke Mesir dengan misi untuk membawa jiwa-jiwa anak-anak ilmuan agama supaya bersama-sama dalam pejuangan menegakkan agama Allah. Bersama dengan rombongan kami adalah Tuan Guru Dato' Harun Taib. Rasa bersyukur musafir dengan ulama kerana sepanjang permusafiran kami, banyak ilmu dapat digarap dan diperolehi dari ulama tersohor kita ini. Selain dari itu secara tidak langsung dapat bertaaruf dengan Tuan Guru Ust Harun yangmana sebenarnya beliau bukanlah 'syadid' seperti yang disebut-sebutkan. Beliau adalah seorang yang mudah mesra, berpandangan jauh dan dari sembang beliau rupanya beliau sangat mahir dalam pentadbiran organisasi. Pendekata ciri lengkap kepada kepimpinan gerakan Islam memang ada pada beliau. Menurut beliau ilmu pentadbiran dan organisasi serta mengurus parti mesti diperolehi dengan belajar dan bertanya dengan mereka yang berpengalaman.Semasa di Jordan beliau telah membeli buku-buku arab berkenaan dengan pelaburan dan ekonomi. Tidaklah seperti yang saya sangkakan kalau ulama beli kitab mestilah ianya kitab agama sahaja.

Perjalanan dari Jordan diteruskan ke Syria. Dalam perjalanan berdepan dengan sekatan-sekatan imigresen dan kastam. Kami disambut meriah oleh anak-anak di Syria. Menitis airmata melihat kegigihan anak-anak pelajar di Syria. Walaupun dalam keadaan kepayahan, kesusahan, belajar dengan perbelanjaan sendiri, tetapi mereka kelihatan tenang dan benar-benar bersungguh menuntut ilmu. Harapannya mereka inilah pelapes yang akan menyambung perjuangan Islam di tanahair.

Sampai masa kami akan kembali ke tanahair..perpisahan kami diiringi dengan kesedihan dan linangan airmata oleh anak-anak di Syria. Kita jumpa lagi jika diizinkan Allah.

Dari Syria kami ke Lapangan Terbang Amman, Jordan. Kemudian kami menaiki pesawat ke Kaherah dan di sana kami terpaksa menanti lebih 6 jam untuk ke KLIA. Sambil menanti, kami mendapat berita lagi kemungkinan ada satu lagi DUN yang diadakan PRK iaitu DUN Bukit Lanjan. Tugas yang banyak dan berat menanti..pastinya perang untuk menangkan PR.

Alhamdulillah...kami selamat sampai ke tanahair dengan seribu satu kenangan bersama anak-anak pewaris perjuangan nabi..mudah-mudahan pemergian ke Mesir, Jordan, Syria tidak menghampakan harapan kami dan pemimpin-pemimpin kita supaya anak-anak ilmuan agama akan menyusul tugas berat untuk memenangkan agama Allah insyaallah.

Di tanahair tugas PRK 3 Bukit menanti..gerakerja dan menyusun strategi mesti bermula dan berterusan..pastinya UMNO BN mesti dijatuhkan. Kemelut Perak dan suasana politik di negara yang dicipta oleh UMNO BN, dihebahkan dan dipropagandakan oleh media sebenarnya suatu hikmah dari Allah supaya rakyat membuka mata untuk beralih kepada kumpulan Islam.

Apapun UMNO BN tidak akan berhenti-henti mencipta penipuan demi penipuan dan helah demi helah..bagi kita perjuangan berdasarkan aqidah, puak thaghut rancanglah apa saja tapi kita yakin dengan ayat Allah ' Mereka merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah lah terbaik.'Segala tipu helah meraka akan digagalkan oleh Allah swt insyaallh

Sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.


Ummu Ahmad
mujahidah_61@yahoo.com

0 comments: