Sunday, July 18, 2010

BN: HARGA BARANG NAIK LAGI

Satu Malaysia akan merasai kesan kenaikan harga petrol dan harga barang. Yang didahulukan merasainya ialah rakyat. Memang kerajaan BN tidak menghiraukan penderitaan rakyat. Kerajaan yang penuh dengan hipokrit dan laungan retorik membantu dan membela rakyat.

Sampai bila Najib dan Regim BN menggula-gulakan rakyat. Mungkin sudah sampai masa kerajaan BN in menuju kejatuhannya. Bilamana akhirnya rakyat membuka mata dan menilai sehingga menolak kerajaan yang zalim yang penuh dengan kepura-puraan ini.

Semua sistem telah dirosakkan oleh kerajaan jakun ini termasuk sistem demokrasi. Hak rakyat bersuara dinafikan bilamana kebebasan media disekat.

Rakyat mesti disedarkan segera. Media arus perdana yang menjadi media utama menyebarkan propaganda BN dan menyebarkan fitnah serta berita kepura-puraan mereka menjadi rujukan rakyat.

Jadi semua ahli PR mesti bangkit dan bekerja menerangkan kepada masyarakat tentang kezaliman dan penipuan BN ini. Penerangan mesti diperkasakan di semua peringkat.

Kalau tidak rakyat terus dihimpit dengan penderitaan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Kenaikan harga barang ini harus ditentang habis-habisan dan rakyat mesti bangkit membantah perkara ini.

Jangan beri ruang BN terus berkuasa dan menyalahgunakan kuasa dengan berleluasa.

Tolak BN pada PRU 13 nanti!


posted by mujahidah61

Monday, July 12, 2010

DHPP DILANTIK AHLI MAJLIS PBT: PAS SELANGOR CIPTA SEJARAH




Baru-baru ini telah berlangsung penyampaian watikah perlantikan ahli-ahli majlis PBT Pas yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Dato' Dr Hasan Ali. Majlis berlangsung di Hotel di Palma ampang dengan agenda yang begitu simple dan ringkas tetapi penuh dengan sejarah dan sangat bermakna bagi semua ahli PBT Pas yang dlantik.

Majlis juga merupakan suatu pengiktirafan besar parti, khusus Pas Selangor kepada Ahli majlis yang mewakili Pas kerana dilantik sebagai ahli PBT dan sudah tentu mereka yang dilantik akan terus mengharumkan nama Pas dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah.

Sepertimana ucapan Dato Pesuruhjaya bahawa, pengakuan dan pengiktirafan dari semua wakil-wakil kerajaan negeri bahawa setakat ini ahli PBT Pas mengekalkan rekod prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka.

Setakat ini wakil PBT dari Dewan Muslimat juga dikekalkan malah ditambah seorang lagi iaitu Puan Noraini Husin yang mewakili PBT Majlis Bandaraya Shah Alam. Mereka ini lah yang diharapkan juga mewakili Pas bagi membawa dan membela suara wanita dalam PBT nanti.

Pas Selangor juga melangkah ke suatu era baru dengan memberi pengiktirafan kepada rakan-rakan dari Dewan Himpunan Penyokong Pas sebagai ahli PBT bagi mewakili Pas. Mereka terdiri dari tiga orang mewakili kaum India dan seorang dari kaum Cina.

Ini membuktikan bahawa Pas bukanlah parti perkauman malah umno lah parti perkauman. Mereka dari DHPP ini akan membawa suara yang mewakili Pas dalam PBT yang mereka wakili.

Ini lah keindahan Islam yang Pas perjuangkan, sehingga bukan Islam juga tidak teragak-agak untuk berjuang dan bersama dengan Parti Islam. Mudah-mudahan ramai lagi akan bersama dalam perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah saw ini.

Syabas dan tahniah Dato PJ Pas Selangor bersama-sama dengan seluruh kepimpinan Badan Perhubungan Pas Selangor kerana usaha murni ini. Sememangnya Pas Selangor lah mesti memulakannya kerana Selangor adalah negeri yang mewakili semua kaum dan Selangor adalah gambaran Malaysia sebenarnya.

Hidup Islam!! Takbir

ustazahmaryam
Paya Jaras, Selangor

mujahidah_61@yahoo.com

TANDA-TANDA PRU 13 HAMPIR: ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA???




Menjadi kebiasaan negara Malaysia yang dipimpin oleh regim umno BN, apabila hampirnya Pilihanraya Umum boleh dikesan dan dilihat tanda-tandanya.

Serangan-serangan dan propaganda telah mula subur dan aktif dalam media perdana yang dipelopori oleh pemimpin umno BN.

Bermula dengan serangan dan ucapan yang cukup jijik dan jahat oleh Shafie Apdal yang mengatakan Pas adalah Parti ajaran Sesat, merupakan suatu provokasi kepada Pas yang menjadi saingan hebat kepada umno dalam meraih sokongan orang-orang melayu.

Begitu juga dengan ulasan balas utusan Malaysia kepada kenyataan TGNA seolah-olah Pas berpecah atau dilanda masalah dalaman. semuanya sengaja direka untuk melaihat respon pemimpin, ahli dan rakyat kepada pendedahan-pendedahan ini.

Kenapa Pas yang banyak diserang bertubi-tubi akhir-akhir ini??? Bagi umno, Pas sangat-sangat menggugat kedudukan mereka, parti yang dah uzur, bongkok tiga dan rumah kata pegi kubur kata mari.

Bagi kita ahli Pas/PR, seronok kutuk umno ni..tapi, apakah persediaan kita bedepan dengan mereka dalam peperangan besar iaitu PRU 13 nanti??? Ini kerana, serangan-serangan ini adalah tanda-tanda peperangan besar ini semakin hampir dan mungkin bila-bila masa sahaja.

Sekarang ini tidak ada masa tidur lena, tidak ada masa rehat dan tidak ada masa untuk melayan kerenah dan masalah dalaman yang memang membuang masa kita untuk bersama dan mneyusun strategi. Kalau umno BN tidak rehat, sentiasa mencari bahan untuk menyerang kita khususnya di Selangor ini. Mereka bersatu untuk hancurkan PR di Selangor sekali gus syiar dan cahaya Islam yang mula nampak bersinar yang mula di gilap oleh pemimpin kita exco agama Dato' Dr Hasan Ali, kita juga mesti bersatu dan berdiri kukuh di belakang kempimpinan Dato Dr Hasan Ali untuk menyerang kembali umno BN dan menyusun strategi bagaimana untuk meraih kemenangan yang lebih besar dan mempertahankan kemengangan PR di selangor khususnya Malaysia amnya, malah kita mesti bermatlamat dan yakin akan melenyapkan umno BN di mukabumi Malaysia ini serta menawan ke Putrajaya pada PRU 13 nanti. Takbir!!

Hancur umno!!

UMMU AHMAD

Sunday, May 16, 2010

FOTO KENANGAN PRK SIBU
















PENGALAMAN KEMPEN PRK HULU SELANGOR DAN PRK SIBU






GAMBAR-GAMBAR KEMPEN PRK SIBU DAN HULU SELANGOR


Menjadi sejarah politik negara bilamana berlaku banyak pilihanraya dalam tempoh 2 tahun. Petugas masih belum sempat menyusun gerakerja untuk pilihanraya umum, berlaku pula pilihanraya kecil di mana berlakunya kematian wakil rakyat atau peletakan jawatan wakil rakyat di kawasan-kawasan berkenaan.

Saya terlibat secara langsung dengan kempen pilihanraya kecil secara sepenuh masa. Kebetulan saya memimpin jentera yang bertugas berkempen. Banyak pengalaman yang dapat ditimba, samada pengalaman gerakerja dan menyusun strategi mahupun pengalaman menyelami sikap-sikap manusia pelbagai etnik, agama dan kaum. Begitu juga pengalaman berkempen di kawasan bandar dan kawasan kampung dengan pengundi berbagai latar belakang.

Setelah banyak keluar dari selangor menjadi jentera pembantu berkempen untuk pilihanraya kecil di negeri lain akhirnya tibalah masa terpaksa berkempen di negeri sendiri di pilihanraya kecil Hulu Selangor. rupa-rupanya berkempen di negeri sendiri lebih payah dan susah berbanding dengan berkempen di negeri lain.

Pengalaman berkempen di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang rupanya lebih mudah dari menyusun gerakerja dan jentera di negeri dan tempat sendiri. Mana tidaknya. kalau PRK negeri lain, muslimat selangor akan berkumpul setempat dan keluar berkempen berkelompok ikut negeri. Maka jentera dilihat ramai dan melimpah-limpah pula. Beza dengan tempat sendiri, terpaksa yang ramai diagihkan gerakerja secara menyeluruh satu kawasan parlimen.

Apa yang memayahkan lagi Hulu Selangor adalah tempat tegar umno atau yang dikatakan kubu umno di mana adanya ladang-ladang dan Felda yang memang dikuasai sepenuhnya oleh BN.Apa pun Hulu PRK Hulu Selangor buat kami menimba pengalaman baru bilamana berkempen di kkawasan pengundi tegar umno di kawasan felda. Akhirnya tembus juga kawasan felda oleh pihak PR dan petugas Pas..rupanya kebanyakan boleh menerima kita. apa yang penting touching setiap pengundi supaya memihak pada PR. Walaupun ada juga pengundi kawasan Melayu tegar tidak sudi membuka pintu rumah mereka, tapi muslimat tetap cekal dan sabar menunggu, asalkan mesej nPR dapat disampaikan.

Tidak sampai sepuluh hari, kami ke Sibu pula menjadi jentera pembantu berkempen di PRK Sibu. Tugas yang diberi ialah berkempen di kawasan Melayu atau penduduk Islam majoriti di Dun Nangka. Maklumat awal yang kami perolehi Dun Nangka adalah juga kawasan tegar menyokong BN di pilihanraya lepas. Kami hanya membayangkan pengundi sarawak sangat-sangat tertutup dengan masyarakat luar dari sarawak. Rupa-rupanya sangkaan kami meleset, bilamana kami pergi rumah ke rumah, pengundi sangat-sangat gembira dengan kehadiran 'orang semenanjung' terutama dari selangor. kami mengambil peluang menceritakan apa yang telah dinikmati oleh rakyat selangor setelah PR memerintah.

Orang Sibu adalah pendengar yang baik, sangat-sangat meraikan tetamu dan mudah berbincang walaupun seorang kakitangan kerajaan atau penghulu yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Rakyat sarawak bersedia berubah rupanya dan menanti-nanti kehadiran Pas bagi memayungi orang Islam dan membela nasib mereka. PRK Sibu membuka jalan buat Pas menyebarkan Islam dan meluaskan pengaruh Islam di Sarawak.
Ramai wargamas yang bertanyakan tuan guru Nik Aziz. Walau pun Tuan Guru Nik Aziz diburuk-burukan dalam media, tidak langsung memberi kesan kebencian kepada rakyat Malaysia khususnya di Sarawak. Rupanya kalau media gembar-gemburkan keburukan seorang pemimpin itu, rakyat lebih ingin mendekati dan ingin tahu bukan lebih membenci.

Strategi umno BN melalui media ternyata gagal mempengaruhi pengundi. Kami jentera muslimat selangor mencadangkan BN meneruskan memburukkan pemimpin kami dari PR sebab ianya akan mendatangkan keuntungan kepada PR sendiri.

Setelah lalui pengalaman berkempen untuk semua parti dalam PR, samada untuk PAS, PKR mahupun DAP, kami dapat rasakan berkempen untuk semua parti dalam PR lebih mendatangkan kepuasan kerana turut berkempen untuk rakan kita dan berkorban apa sahaja demi kemenangan PR.

Di Hulu Selangor Najib keluhatan tidak begitu gembira dengan majoriti 1,700 undi. Mana tidaknya setelah beratu-ratus juta wang ditaburkan tapi hanya menang majoriti seribu lebih utnuk satu kawasan parlimen. Di Hulu Selangor BN sebenarnya menang dalam kalah dan PR kalah dalam menang. Harapan Najib menjadikan Hulu Selangor sebagai kayu pengukur (Indicator) untuk tawan selangor ternyata hampa. Umno BN terpaksa berhempas pulas lagi dan kerja kuat, rompak harta rakyat lagi demi mengekalkan kuasa mereka. Bagi PR mesti kerja kuat dan gigih lagi untuk pertahan kemenangan lima negeri dan menawan putrajaya di PRU 13.

Ksimpulan, kami yakin PR akan menang di Sibu, kami puashati berkempen dan walaupun dengan jentera yang minima, melalui sambutan pengundi yang sangat-sangat baik PR juga akan tawan sarawak pada Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Allahu Akbar!

Hidup PR! Hidup Rakyat!

Hancur Umno! Hancur BN

Ustazah Maryam
Tombalan Pengarah 4
Jabatan Pilhanraya Negeri Selangor

Saturday, May 15, 2010

KENYATAAN SHAHRIZAT SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA

Baru-baru ini Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat talah mengeluarkan kenyataan yangmana Selangor telah memecahkan rekod di mana telah mencatatkan kes-kes pembuangan bayi yang tertinggi dalam Negara kita. Begitu juga dengan kes-kes penderaan kanak-kanak Selangor juga mencatatkan yang paling tinggi.
Kenyataan Datuk Seri Shahrizat ini seolah-olah menyembunyikan segala kelemahan Dasar Umno BN yang telah gagal memerintah selama 50 tahun lebih.
Tidak cukup dengan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara yang diperkenalkanoleh kerajaan Malaysia. Kini muncul pula Model Ekonomi Baru yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang bermatlamat mencapai pertumbuhan ekonomi progresif. Namun, sejak tahun 1957 hingga 50 tahun lebih negara kita merdeka, tiada satu pun usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan secara serius untuk membangunkan masyarakat dari aspek pembangunan insan dan kerohanian.

Merujuk kepada Persidangan Dewan Rakyat pada 7 April 2010, Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini, sejak lima tahun lepas bermula 2005.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan bahawa mengikut statistic Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.

“Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu,” katanya.

Fenomena pembuangan bayi menjadi begitu kritikal dan serious serta membimbangkan. yangmana seharusnya, hal ini diberikan perhatian yang serius oleh pemerintah, khususnya kerajaan Umno BN sepanjang 5 tahun yang lalu.

Keruntuhan akhlak memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam
masyarakat itu sendiri.

Kenyataan Shahrizat ini juga seolah-olah disengajakan yangmana ingin memberi suatu gambaran buruk terhadap pemerintahan kerajaan PR Selangor sepanjang dua tahun lalu lebih-lebih lagi disaat kita akan mennghadapi Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor nanti supaya pengundi mendapat suatu gambaran buruk terhadap kerajan PR Selangor dan akan terpengaruh dengan kenyataan tersebut yang akhirnya pengundi akan membuat keputusan di hari pengundi dengan tidak menyokong PR .
Apa yang pasti keruntuhan akhlak dan moral yang menyebabkan gejala social adalah kerana kerajaan Umno BN yang bertanggung jawab yang telah membuka ruang seluas-luasnya supaya gejala ini tumbuh membiak di mana pusat-pusat hiburan masih lagi dibenarkan dengan bebas, pesta-pesta sambutan hari kebesaran negara yang melalaikan yang ditaja oleh Umno BN, tiada larangan yang serious tentang pengedaran dan penjualan arak serta tiada kawalan terhadap penjualan tersebut yangmana begitu mudah untuk mendapatkannya. Dalam masa yang sama program kerohanian dan keagamaan dipandang sepi malah hampir tiada dianjurkan oleh Kerajaan Umno BN. Malah sememangnya pemimpin-pemimpin Umno tidak berminat dengan program keagamaan yang berbentuk anjuran kuliah dan majlis ilmu malah berusaha menghalang kuliah-kuliah pengajian sekiranya ada pihak yang menganjurkan kerana bagi mereka apabila rakyat celik ilmu agama akan mudah menilai dan sudah tentu akan menolak BN kerana segala yang larangan agama dilakukan oleh pemimpin Umno BN seperti rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta menindas rakyat dan mengambil hak rakyat.
Dalam tempoh dua tahun pemerintahan PR Selangor, kerajaan negeri telah berusaha untuk membendung gejala social khususnya pembuangan bayi ini seperti Program Spies di bawah Exco Pendidikan tinggi, pendidikan dan pembangunan insane YB dr Halimah, begitu juga dengan peruntukan kewangan bagi menbantu Sekolah-sekolah agama rakyat dan KAFA di samping diwujudkan satu jawatan kuasa khusus menangani gejala social di bawah portfolio YB Dr Halimah.
Melalui PBT juga usaha untuk menyekat berleluasanya gejala social ini telah pun dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti peraturan larangan menjual arak kepada orang Islam dan tidak boleh menjual kepada mereka yang di bawah umur 18 tahun bagi yang bukan Islam, dalam masa yang sama tidak meluluskan permohonan lessen baru. Begitu juga peraturan membekukan permohonan lesen pusat cyber yang ada unsure-unsur perjudian dan juga rumah-rumah urut, syarat untuk menyambung lesen tersebut diperketatkankan.
Di bawah Exco Agama yang di bawah tanggungjawab YB Dato, Dr Hasan Ali pula, arahan dan galakkan untuk memperbanyakkan kuliah-kuliah pengajian dan majlis ilmu di masjid-masjid secara menyeluruh di masjid-masjid seluruh Selangor sehingga ada peruntukan kewangan khusus bagi membantu masjid-masjid yang tidak mampu untuk membayar sumbangan penceramah. Begitu juga diberi bantuan peruntukan kepada NGO yang membantu usaha dakwah di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Banyak lagi usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengatasi dan membendung gejala social ini. Sudah tentu dalam tempoh dua tahun ini kita belum boleh melihat hasil dan kesan yang begitu ketara ke atas penyelesaian masalah ini tapi sekurang-kurangnya usaha ini telah dimulakan oleh kerajaan PR Selangor. Sekiranya lebih lama lagi memerintah, insyaallah sedikit sebanyak masalah pembuangan bayi ini dapat dibendung malah boleh diselesaikan.
Apa yang pasti, semasa kerajaan BN memerintah Selangor tidak nampak usaha ini dilakukan dan dilaksanankan.
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selangor bersama dengan Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu menyelesaikan masalah social ini khusus di negeri Selangor di mana pertemuan dan berbincangan boleh diadakan dan terus bertindak ke arah menyelesaikan masalah tersebut. Bukan hanya sekadar mendedahkan statistic-statistik, pelancaran program-program yang berbentuk slogan sahaja malah mesti bertindak segera secara agresif dan serious kea rah menyelesaikan masalah ini yang melibatkan semua pihak termasuk pihak NGO.
Yang paling membimbangkan, jika masalah ini tidak ditangani secara serious dan bijaksana berserta perancangan yang teliti pastinya ia akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan negara ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benar menepati kecemerlangan 53 tahun kemerdekaan.

Ustazah Mariam Abdul Rashid
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pas Negeri Selangor

Friday, February 12, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA: HAYATI PAS FOR ALL

SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL CINA DAN EDAR KAD TAHUN BARU, LIMAU DAN ANGPAU



Selamat Menyambut Tahun baru Cina 2010 kepada semua rakan-rakan kaum tionghua. Hari-hari kebesaran kaum adalah hari untuk bergembira dengan sanak saudara dan keluarga.

Bagi Pas sambutan tahun baru cina harus dikongsi dan dihayati bersama kegembiraan dan keseronokan yang dirasai orlh rakan kaum tionghua selaras dengan konsep Pas For All. Sejak PRU 12 segala-galanya berubah di mana Pas sudah tidak merasa janggal untuk bersama-sama dengan rakan-rakan kaum tionghua untuk turun ke dalam masyarakat kaum tionghua bagi mengedarkan kad tahun baru dan edaran limau dan angpau.

Kaum cina sudah mula memahami perjuangan pas, walaupun perjuangan berasaskan agama tetapi mereka mengakui bahawa orang-orang yang hidup beragama dan memperjuangkan agama adalah orang baik-baimdan tidak mungkin menjadi perasuah, tidak adil, menyeleweng dan berbagai-bagai salah laku.

Malah mereka (kaum cina) mengharapkan Pas membela nasib semua kaum kerana bagi mereka orang Pas lebih dipercayai dan berbaik dengan semua orang. Sebenarnya Islam lah yang menyebabkan kaum lain menghormati Pas. Islam yang syumul yang dibawa oleh Rasulullah saw, bukan Islam lakonan yang ditonjolkan oleh umno.

Pas akan terus bersama-sama dengan kaum cina dengan membela nasib mereka yang perlu dibela, kalau ada ibu tunggal Melayu Islam yang susah perlukan bantuan, ibuntunggal bangsa cina juga perlu dibela begitu juga dengan kaum India dan kaum-kaum lain. Islam yang diperjuangkan oleh Pas yang memperjuangkan keadailan sejagat untuk semua agama dan semua bangsa dengan tidak memaksa mereka untuk memluk Islam. Cukuplah mereka melihat dan yakin dengan keindahan Islam sebagai suatu dakwah dan menzahirkan keadilan Islam.

' Tidak diutuskan kamu wahai Muhammad kecuali dengan membawa rahmat pada sekelian alam'

UMNO NAJIB JUARA TIPU RAKYAT

Sejak Najib menerajui pemerintahan, Negara tidak putus-putus dilanda kemelut dan masalah yang tidak nampak jalan penyelesaiannya malah kemungkinan tidak mampu diselesaikan oleh BN dan Najib. Nampaknya salah satu parti komponen BN iaitu MCA masih terawang-awang dan hanyut dengan perpecahan dan masalah dalaman yang serious.
Di manakah Najib yang seolah-olah perjuangkan 1 Malaysia tetapi parti kaum Cina dalam BN sendiri nampaknya dipinggirkan.
Dasar 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Najib telah mula menunjukkan wajah dan belang yang sebenar. Tahun 2009 yang kita tinggalkan penuh dengan kemelut dan masalah yang memeningkan rakyat yangmana kemungkinan masalah ini senyap dan ditenggelamkan begitu sahaja oleh Regim BN di bawah Najib. Kedatangan tahun 2010disambut dengan Kerajaan BN telah memberikan hadiah kepada rakyat Malaysia dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen iaitu dari RM 1.45 sen kepada RM 1.65 sen sekilogram. Bagi rakyat yang berpendapatan sederhana mungkin tidak begitu terasa dengan kenaikan ini, tetapi bagi rakyat yang berpendapatan rendah, 20 sen sangat-sangat bernilai bagi mereka. Kesan yang ketara kepada peniaga-peniaga kecil yang membuka warung-warung pagi dengan menjual kuih Melayu tradisional yangmana hasil kajian kebanyakan daripada mereka terlalu miskin, tanggungan ramai dan ada juga di kalangan mereka ialah ibu tunggal.

Tahun baru 2010 juga disambut oleh ibubapa dengan bebanan dan tekanan dimana anak mereka yang belajar di sekolah berasrama penuh telah ditarik balik subsidi makan di asrama oleh Kementerian. Ekoran daripada penarikan tersebut, pelajar terpaksa pulang pada setiap hujung minggu kerana sudah tiada pembiayaan makan di asrama untuk hujung minggu bagi pelajar. Kesannya, ibubapa terpaksa berulang alik setiap hujung minggu untuk menjemput dan menghantar anak-anak mereka yang belajar di asrama penuh. Sudah tentu masalah ini menimbulkan bebanan kepada ibubapa lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di sector swasta di mana waktu bekerja mereka sehingga hari sabtu. Pastinya sedikit sebanyak kesannya juga kepada pelajar di mana tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran kerana suasana belajar dan ulangkaji di rumah berbeza dengan system ulangkaji dan kelas tambahan di asrama yang agak teratur dan terkawal. Ibu bapa yang saban hari penat bekerja juga sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran anak-anak yang pulang dari asrama apatah lagi untuk mengawal aktiviti hujung minggu anak-anak remaja mereka. Ini membuatkan anak-anak yang pulang dari asrama ini sangat-sangat terdedah kepada pergaulan bebas dan gejala yang tidak sihat dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak terkawal. Maka kesan daripada gejala ini juga pelajar akan cuai untuk memberti tumpuan kepada pembelajaran mereka. Apa yang membimbangkan kita semua, hasil dari tindakan tidak bertanggungjawab Kerajaan BN ini ialah, kemungkinan kita tidak lagi dapat mendengar dan melihat ramai pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang 8A ke atas selepas ini. Sudah tentu masa depan anak-anak bangsa kita semakin kelam dan tidak terjamin. Pastinya, apa sahaja masalah dalam hal ini, UMNO BN di bawah kepimpinan Najib lah yang perlu dipersalahkan.

Selain dari itu, ibubapa terpaksa menanggung beban lagi dengan kenaikan yuran dan bayaran-bayaran ko kurikulum. Mahu tidak mahu, bayaran ini terpaksa juga dilunaskan oleh ibubapa demi untuk melihat kelancaran pembelajaran anak-anak mereka. Pastinya mereka yang amat-amat terbeban dan terkesan ialah mereka yang mempunyai anak lebih dari tiga orang yang bersekolah dan ditambah dengan pendapatan rendah yang tidak cukup untuk menanggung kos kehidupan yang meningkat.

Rakyat juga dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian lain yang naik secara tidak terkawal seperti kenaikan harga roti, susu, bawang dan juga barang-barang makanan yang berasaskan gula.

Mereka yang menggunakan kenderaan lama juga tidak ketiggalan merasai kesan kenaikan kos kenderaan yang mereka gunakan iaitu kenaikan mendadak kepada caj insuran dan takaful.

Kemungkinan juga tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan menerima hadiah 1 Malaysia dengan kenaikan harga petrol. Yang pasti selepas ini, semua harga barang keperluan rakyat akan naik kerana kebanyakan pengurusan membawa barang-barang keperluan menggunakan pengangkutan. Kemungkinan besar juga tambang pengangkutan awam juga akan meningkat.

Dalam keadaan rakyat tebeban dan menderita, Najib dan kuncu-kuncunya berwenang-wenang ke luar Negara kononnya untuk mengadakan lawatan dan perundingan dengan Negara luar yang dilawati bagi menarik pelaburan ke Negara kita. Apakah dengan satu rombongan yang terlalu besar iaitu seramai dua ratus orang yang sudah tentu menggunakan wang rakyat yang akan menelan belaja beratus ribu ringgit dan kemungkinan juta dikatakan lawatan kerja? Sedangkan rakyat ditinggalkan dengan seribu satu macam masalah bebanan dan tekanan yang belum pasti dapat diselesaikan oleh Najib jauh sekali untuk merasai dan menyelami penderitaan yang ditanggung oleh rakyat.

Rakyat ditipu lagi dengan penangkapan dua orang pegawai berpangkat rendah Tentera Udara Di Raja Malaysia yang dikatakan terlibat dan bertanggungjawab ke atas kehilangan enjin jet pejuang F-5E yang didakwa dicuri dan dilarikan ke luar Negara. Begitu mudah sebuah engine yang berat bertan-tan dengan mudah-mudah di bawa keluar dari Kem Tentera yangmana sudah tentu mempunyai kawalan begitu ketat di mana-mana laluan keluar masuk. Begitu mudah juga siasatan yang dilakukan dengan menangkap dan menuduh dua orang saspek yang terlibat kemudian kes yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat ini, akhirnya didiamkan begitu sahaja dan akan menjadi seribu tanda tanya kepada rakyat.

Akhirnya isu kalimah Allah dibesar-besarkan dan dijadikan batu loncatan untuk menutup isu-isu yang melibatkan Najib seperti isu pembunuhan Altantuya yang semakin hilang dan mungkin lenyap dari ingatan rakyat. Di tambah pula dengan pembakaran gereja oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, seolah-olah ingin menghangatkan isu sensitif antara agama dan antara kaum. Mujur PR cepat bertindak sehingga rakyat merasa lega dan reda kerana pimpinan PR dapat selesaikan secara hikmah dan bijak sehigga rakyat tidak perlu bimbang dengan ancaman kemungkinan berlaku rusuhan dan ketidakstabilan dalam Negara.

Sampai bila UMNO BN dan Najib akan menipu rakyat? Selepas ini entah apa lagi tindakan UMNO BN dan Najib bagi meneruskan agenda menipu rakyat? Yang pastinya rakyat semakin cerdik dan bijak menilai. Buktinya keputusan PRU 12 yang menyebabkan UMNO BN kalah teruk hasil dari keputusan yang telah dibuatoleh rakyat.

Pakatan Rakyat yang dilihat semakin menongkah arus politik Negara serta semakin kukuh dan mantap sangat-sangat diharapkan oleh rakyat untuk menyelesaikan kemelut dan masalah rakyat yang telah dicipta oleh UMNO BN yang juga saban hari menipu rakyat demi mengekalkan pemerintahan mereka.

Yang paling penting PR semua peringkat mestilah bersikap proakti bagi menerangkan kepada rakyat tentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh UMNO BN ini. Rakyat harus disedarkan segera supaya bangkit menentang Regim UMNO BN dan akhirnya bersama-sama dengan PR. Sudah pasti hasilnya kita semua harapkan rakyat akan membuat keputusan yang bijak dalam PRU 13 nanti bagi menolak UMNO BN sekaligus melenyapkan mereka dari bumi Malaysia ini yang sudah lebih 50 tahun menjadi pengacau dan penipu kepada rakyat Malaysia.

Monday, January 11, 2010

MUSLIMAT SELANGOR HANTAR MEMO BANTAH KENAIKAN HARGA GULA

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ekoran kenaikan harga gula 1 Januari lalu, Dewan Muslimat PAS Selangor akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya esok.

Memorandum itu akan diserahkan oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan bersama Ajk Dewan Harian di Putrajaya jam 3 petang esok.

Mewakili suara wanita Selangor beliau menyeru penglibatan semua wanita khususnya suri rumah supaya turun bersama-sama ke Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga gula tersebut.

Berhubung kenyataan Sabri yang tidak memberi jaminan tentang harga gula akan kekal pada RM1.65, beliau menegaskan Muslimat Selangor akan mengadakan himpunan membantah kenaikan tersebut.

Beliau menyelar sikap pimpinan Umno BN yang ingin menjuarai suara rakyat tetapi dalam masa yang sama kehidupan rakyat terus ditekan dengan kenaikan harga barang-barang asas.

"Saya berharap semua wanita Selangor dan seluruh negara akan turun membantah kenaikan harga gula esok petang di Putrajaya," tegasnya.

Bermula 1 Januari lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Antara yang akan teruk terjejas akibat kenaikan tersebut adalah golongan berpendapatan rendah, peniaga barang makanan kecil-kecilan dan golongan suri rumah.


harakahdaily, 12 jan 10