Sunday, July 18, 2010

BN: HARGA BARANG NAIK LAGI

Satu Malaysia akan merasai kesan kenaikan harga petrol dan harga barang. Yang didahulukan merasainya ialah rakyat. Memang kerajaan BN tidak menghiraukan penderitaan rakyat. Kerajaan yang penuh dengan hipokrit dan laungan retorik membantu dan membela rakyat.

Sampai bila Najib dan Regim BN menggula-gulakan rakyat. Mungkin sudah sampai masa kerajaan BN in menuju kejatuhannya. Bilamana akhirnya rakyat membuka mata dan menilai sehingga menolak kerajaan yang zalim yang penuh dengan kepura-puraan ini.

Semua sistem telah dirosakkan oleh kerajaan jakun ini termasuk sistem demokrasi. Hak rakyat bersuara dinafikan bilamana kebebasan media disekat.

Rakyat mesti disedarkan segera. Media arus perdana yang menjadi media utama menyebarkan propaganda BN dan menyebarkan fitnah serta berita kepura-puraan mereka menjadi rujukan rakyat.

Jadi semua ahli PR mesti bangkit dan bekerja menerangkan kepada masyarakat tentang kezaliman dan penipuan BN ini. Penerangan mesti diperkasakan di semua peringkat.

Kalau tidak rakyat terus dihimpit dengan penderitaan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Kenaikan harga barang ini harus ditentang habis-habisan dan rakyat mesti bangkit membantah perkara ini.

Jangan beri ruang BN terus berkuasa dan menyalahgunakan kuasa dengan berleluasa.

Tolak BN pada PRU 13 nanti!


posted by mujahidah61

2 comments:

nonbal said...

BERJUANG ERTI BERKORBAN
RELA TERHINA KERNA KEBENARAN
ANTARA DUA JADI PILIHAN
DUNIA YANG FANA ATAU SYURGA
Slogan yang sungguh indah, malangnya ianya hanya tinggal sebagai slogan, kisah ustazah anak beranak menipu (kehilangan Masturah) dlm P/Raya UM masih terpahat diingatan. Ustazah sebenarnya tidak layak pun digelar 'ustazah'. malang Islam mempunyai umat seperti anda....

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)