Monday, July 12, 2010

DHPP DILANTIK AHLI MAJLIS PBT: PAS SELANGOR CIPTA SEJARAH




Baru-baru ini telah berlangsung penyampaian watikah perlantikan ahli-ahli majlis PBT Pas yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Dato' Dr Hasan Ali. Majlis berlangsung di Hotel di Palma ampang dengan agenda yang begitu simple dan ringkas tetapi penuh dengan sejarah dan sangat bermakna bagi semua ahli PBT Pas yang dlantik.

Majlis juga merupakan suatu pengiktirafan besar parti, khusus Pas Selangor kepada Ahli majlis yang mewakili Pas kerana dilantik sebagai ahli PBT dan sudah tentu mereka yang dilantik akan terus mengharumkan nama Pas dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah.

Sepertimana ucapan Dato Pesuruhjaya bahawa, pengakuan dan pengiktirafan dari semua wakil-wakil kerajaan negeri bahawa setakat ini ahli PBT Pas mengekalkan rekod prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka.

Setakat ini wakil PBT dari Dewan Muslimat juga dikekalkan malah ditambah seorang lagi iaitu Puan Noraini Husin yang mewakili PBT Majlis Bandaraya Shah Alam. Mereka ini lah yang diharapkan juga mewakili Pas bagi membawa dan membela suara wanita dalam PBT nanti.

Pas Selangor juga melangkah ke suatu era baru dengan memberi pengiktirafan kepada rakan-rakan dari Dewan Himpunan Penyokong Pas sebagai ahli PBT bagi mewakili Pas. Mereka terdiri dari tiga orang mewakili kaum India dan seorang dari kaum Cina.

Ini membuktikan bahawa Pas bukanlah parti perkauman malah umno lah parti perkauman. Mereka dari DHPP ini akan membawa suara yang mewakili Pas dalam PBT yang mereka wakili.

Ini lah keindahan Islam yang Pas perjuangkan, sehingga bukan Islam juga tidak teragak-agak untuk berjuang dan bersama dengan Parti Islam. Mudah-mudahan ramai lagi akan bersama dalam perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah saw ini.

Syabas dan tahniah Dato PJ Pas Selangor bersama-sama dengan seluruh kepimpinan Badan Perhubungan Pas Selangor kerana usaha murni ini. Sememangnya Pas Selangor lah mesti memulakannya kerana Selangor adalah negeri yang mewakili semua kaum dan Selangor adalah gambaran Malaysia sebenarnya.

Hidup Islam!! Takbir

ustazahmaryam
Paya Jaras, Selangor

mujahidah_61@yahoo.com

0 comments: