Friday, December 25, 2009

SOKONG DASAR PR MARTABAT WANITA



Kedatangan Islam 1400 tahun yng lampau telah mengangkat martabat wanita dan membela nasib wanita yang mana sebelumnya wanita telah dijadikan barang dagangan, pelayan dan alat pemuasan nafsu semata-mata oleh masyarakat jahiliah ketika itu.
Di dalam Al Quran, jelas kepada kita dimana alqura n telah memberi petunjuk dan pengajaran sejelas-jelasnya tentang hak-hak wanita yang perlu ditunaikan malah juga Islam mengambil berat tentang aspek keselmatan wanita dimana dinyatakan dalam Alquran cara berpakaian wanita dalam surah Annur 31 dan surah al ahzab 59, supaya kepatuhan kepada perintah berpakaian yang disuruh oleh alqura atau menutup aurat adalah untuk menjaga keselamatan wanita dari diganggu gugat oleh manusia yang tidak beriman, yang melanggar perintah Allah dan yang mengikutkan hawa nafsu. Ketaatan wanita beriman kepada Allah dalam aspek berpakaian ini bukan sahaja menyelamatkan wanita secara individu tetapi menyelamatkan wanita lain.
Hari ini kita melihat dan mendengar dalam media arus perdana tentang keganasan seksual terhadap wanita. Samada penca bulan kehormatan wanita malah juga kejadian rogol yang semakin berleluasa dan meningkat dari masa ke semasa. Segala masalah yang melanda masyarakat hari ini adalah kerana pelanggaran syariat Allah, ketidak patuhan kepada perintah Allah oleh kebanyakan wanita muslim dalam berpakain yang boleh mengundang mudharat kepada mereka yang datang dari lelaki jahat yang tiadak ada pedoman agama. Wanita juga dijadikan bahan promosi iklan komersial seperti komestik, iklan sabun dan lain-lain, dalam masa yang sama berlaku exploitasi kepada wanita dalam mempromosikan iklan seperti pakaian yang menjolok mata yang jelas melanggar syariat Islam dan tata susila adab-adab ketimuran.
Pemerintah hari ini sememangnya tidak menghiraukan masalah yang berlaku kepada wanita kerana mereka lebih mementingkan diri dan kelompok mereka. Dasar-dasar yang baru yang dilaungkan dan bakal dilaksanakan jelas tidak seimbang dan berat sebelah kerana lebih focus dan condong kepada aspek pembangunan fizikal dan pembangunan ekonomi semata-mata yang tidak mengambil kira masalah rakyat yang lemah yang dizalimi dan tertindas. Kesan daripada tersebut, menyebabkan masalah yang menimpa masyarakat begitu berleluasa seperti masalah social, keganasan seksual, keganasan rumahtangga, penganiyaan kepada wanita dan kanak-kanak, ibu tunggal dipinggirkan dengan tiada pembelaan, remaja perempuan yang terlanjur yang terbiar tanpa bimbingan dan banyak lagi yang tidak dihiraukan oleh kerajaan memerintah.
Ramai wanita yang bekerja, samada di pejabat dan kilang-kilang perindustrian yang terpaksa meninggalkan anak-anak mereka di rumah atau dengan jiran kerana ingin mencari nafkah untuk menyambung hidup dan membantu suami kerana kos hidup yang meningkat dan pendapatan yang tidak mencukupi. Ini juga akan mendatangkan kesan social kerana masa yang ada pada seorang ibu dihabiskan dengan mencari nafkah dan keperluan hidup sedangkan dalam masa yang sama mereka mempunyai tanggungjawab kepada anak-anak mereka dengan memberi perhatian dan pendidikan akhlak kepada anak-anak mereka.
BN bukan sahaja tidak menunaikan tanggungjawab pemerintah kepada kaum wanita yang bekerja malah hanya mengaut keuntungan dari hasil tenaga yang telah dicurahkan oleh golongan wanita yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
Waniita juga digunakan sebagai tenaga berkempen dalam pilihanraya bagi memenangkan calon BN dengan sedikit upah tetapi selepas itu tidak siapa yang akan memikirkan nasib wanita yang digunakan ini.
Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung baru-baru ini telah meletakkan pembelaan dan mengangkat martabat wanita sebagai salah satu dasar PR yang mesti dilaksanakan.
Dewan Muslimat menyokong penuh dasar mangangkat martabat wanita ini kerana ianya selaras dengan ajaran Islam yang dari awal telah membela dan mangangkat martabat wanita.
Dewan Muslimat bersedia bila-bila masa untuk bekerja semaksima mungkin bersama wanita Pakatan Rakyat demi untuk melaksanakan Dasar ini dan menerangkan kepada rakyat golongan wanita bahawa Pakatan Rakyat akan member jaminan untuk memberi tempat yang sewajarnya kepada golongan wanita. Di samping menyedarkan golongan wanita tentang kecuaian UMNO BN terhadap pembelaan kepada golongan wanita.
Dewan Muslimat juga menyokong kuota 30 peratus calon pilihanraya kepada wanita dan bersedia menampilkan calon dari kalangan muslimat yang berkarisma, berketrampilan, berjiwa rakyat yang sudah dibuktikan mereka yang bekerja kuat dan banyak berkorban untuk parti. Ini kerana golongan yang bekerja kuat dan banyak berkorban untuk parti lebih menjiwai masalah rakyat kerana mereka bekerja dari bawah dan sentiasa bersama dengan rakyat khususnya golongan wanita.
Dewan Muslimat berpandangan, wanita tidak perlu menuntut hak persamaan Gender kerana Islam telah memberikan hak-hak tersebut yang telah dijelaskan dalam Alquran dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Dewan Muslimat juga berpandangan, sebagai ‘waiting government’ Pakatan Rakyat mesti melaksanankan Dasar Memartabatkan Wanita dengan segera dan mesti dibuktikan sehingga dasar ini boleh membuka mata rakyat khususnya golongan wanita dan ianya akan menunjukkan Pakatan Rakyat memang serious dalam menangani masalah wanita dan membela nasib wanita. Ini kerana majority pengundi adalah golongan wanita begitu juga penglibatan wanita di pelbagai sector samada sector awam, swasta, sector perladangan dan perindustrian yang didominasi oleh golongan wanita. Sudah tentu sokongan daripada golongan wanita sangat-sangat penting yang akan menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU 13 dan merampas Kerajaan UMNO BN yang jelas tidak menghiraukan nasib golongan wanita.

WAHAI DIRI JANGAN PERNAH KALAH





' Bersungguh-sungguhlah dengan kehinaanmu, nescaya Ia menolongmu dengan kemuliaanNya. Bersungguh-sungguh dengan ketidakberdayaanmu, nescaya Ia menolongmu dengan kekuasaanNya,. Bersungguh-sungguhlah dengan kelemahanmu, nescaya Ia menolongmu dengan kekuatanNya.' (Ibn 'Athaillah)

Ada masa kita pernah terfikir, betapa beratnya dan payahnya perjalanan hidup ini di saat hati kita seolah-olah tidak mampu menahan beban dan masalah. Juga saat kita longlai, lemah dan berat melangkahkan kaki, merasa tidak kuat dan bingung menghadapi berbagai suasana hidup yang sulit dan berat. Ada keadaan ketika itu kita merasa tidak mampu berdiri menampung beban yang berat yang mesti dipikul.

Tidak! Semua kelemahan itu tidak patut disesali sebab manusia diciptakan dalam keadaan serba lemah. Tetapi janji Allah tidak akan menimpakan beban dan masalah kepada seseorang atas batas dan memampuan seseorang tersebut untuk memikulnya.

Hamka penah mengatakan bahawa, tingkat ujian iman itu tidak ubah seperti anak tangga yang bertingkat-tingkat. Setiap anak tangga yang dinaiki dari bawah akan menjadi suatu pukulan badan orang yang menaiki atau menekan tubuh yang menaiki tangga. Sekiranya tangannya kuat bergantun dan kakinya kuat berpijak dan akal fikirannya tetap hati-hati dan waspada, desakkan tubuh itu akan menolaknya untuk naik kepada anak tangga yang lebih tinggi. Tapi sebaliknya kalau tangannya lemah, kakinya tidak kuat, akalnya hilang, fikirannya kusut, maka desakan tubuh itu akan menolaknya jatuh ke bawah dan merobohkannya. Yang sayangnya yang jatuh itu bukan satu anak tangga, malah dua tiga dan banyak lagi yang boleh menjatuhkannya ke awah hingga tidak boleh bangkit lagi.

Imam Hasan Al Basri berkata: ' Ketika badan sihat dan senang hati,semua orang mengaku beriman, tetapi bila datang ujian dan cobaan barulah diketahui pengakuannya benar atau tidak. Orang yang ingin permintaannya cepat terkabul hari ini, dan tidak sabar menunggu maka itulah orang yang lemah iman.'

Sememangnya ada orang yang bijak hidupnya miskin, orang bodoh hidupnya kaya raya, pemebela kebenaran hidupnya tersisih, orang kafir memiliki harta benda yang melimpah ruah, sebaliknya orang Islam kadang-kadang merempat.

Mari kita renungkan Nabi Allah Yaakob terpaksa kehilangan anaknya Yusuf yang sangat dicintainya. Selepas beberapa tahun hilang pula adik kepada Yusof Bunyamin kerana ditangkap oleh wakil Raja Mesir yang sebenarnya ialah Yusuf sendiri. Namun Nabi Yaacob tidak putus asa dengan rahmat Allah dan sering berdoa dan dan harapan yang besar' Semoga Allah mengembalikan anak-anakjy semuanya.' (surah Yusof ayat 83)
Katanya lagi: Sabarlah yang lebih baik dan Allahlah tempat meminta tolong.' (Yusof 18)

Bagaimana pula penderitaan Nabi Allah Yusof sendiri yang dibenci oleh saudar-saudaranya sejak ia kecil, bahkan dicampak ke dalam telag. yang gelap gelita. Kemudian dijadikan hamba lalu disumbat ke dalam penjara meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Lihatlah pula bagaimana kesusahan Nabi Allah Musa a.s. Ia dilahirkan dalam keadaan yanag sangat payah yangmana di masukkan ke dalam peti oleh ibunya lalu dihanyutkan ke dalam Sungai Nil kerana takut dibunuh oleh Firaun laknatullah.

Bila dewasa menjadi nabi, sekian lama menumpang di rumah bapa angkatnnya Firaun. Hinggalah diberi petunjuk oleh Allah bahawa dia mesti menentang bapa angkatnya Firaun keran jelas Firaun ialah musuhnya dan musuh Allah. Allah swt telah membebani Nabi Musa dengan kehidupan yang sangat berat, dari keluarga miskin dan bangsa yang miskin serta menempuh perjuangan menentang kekafiran sebuah kuasa besar.

Begitu juga dengan dugaan dan ujian yanag telah ditempuh oleh Nabi Allah Ibrahim yang telah berdepan dengan ujian yang terlalu berat hendak ditanggung oleh kekasih Allah ini. Iman baginda diuji oleh Allah dengan memerintahkan supaya menyembelih anaknya sendiri.Begitu juga berhadapan dengan ayah kandung sendiri yang menentang dakwahnya.

Malah kebanyakan Nabi menempuh berbagai ujian dan dugaan hidup, sehinggalah Nabi Muhammad saw yang telah menempuh ujian berat disepanjang dakwah baginda.

Namun..para Nabi Allah tidak pernah mengeluh, kerana mereka yakin bahawa iman kepada Allah memang menghendaki perjuangan, pengorbanan sekaligus keteguhan hati. Mereka tidak menuntut kemenangan zahir kerana mereka sentiasa merasa menang di batin. Mereka memikul beban berat menjadi RasulAllah, memikul amanah dan perintah Allah, kerana itulah mereka tetap menempuh kesusahan dan kesulitan. Pertama kerana membuktikan kecintaan mereka kepada Allah dan kedua kerana mendidik jiwa supaya semakin teguh dan kukuh.

Maka perlunya kekuatan iman, tarbiah yang yang berterusan untuk mendidik jiwa supaya lebih mantap apabila berhadapan dengan ujian dan cobaan.

Justeru..jangan pernah kalah dengan beratnya ujian dan cobaan hidup. Tidak semua permintaan kita harus dikabulkan oleh Allah kerana Allah lebih mengenal hati dan jiwa kita daripada diri kita sendiri.

Lalu, bilakah bantuan dan pertolongan Allah itu?

Ibnu Athaillah memberi pandangan yang sangat baik dalam hal ini: ' Tampilkan dengan sungguh-sungguh sifat kekuranganmu nescaya Allah menolongmu dengan sifat kekurangan mu. Bersungguh-sungguh dengan ketidakberdayaanmu, nescaya Allah akan menolongmu dengan kekuasaanNya. Bersungguh-sungguhlah dengan kelemahanmu nescaya Allah akan menolongmu dengan kekuataNya.'

Pertolongan,bantuan dan kemenangan dari Allah itu PASTI, Firman Allah, ' Adalah hak Kami menolong orang-orang beriman.' (Ar Rum 47).

Sedetikpun Allah tidak meninggalkan hambaNya yang beriman. Dan jika Allah berkehendak, nescaya tidak ada yang dapat menghalang turunnya pertolongan dan bantuan Allah.

Persoalannya adakah kita telah mencapai syarat pertolongan dan bantuan dari Allah. Yang pasti antara syarat bantuan dan pertolongan Allah, kita mesti melalui proses tarbiyah samada tarbiyah ilmu mahupun tarbiah tabii dari allah iaitu mesti melalui proses ujian dan cobaan dalam memperjuangkan hidup dan memperjuangkan agama

Oleh itu..wahai diri, jangan sekali-kali kalah dengan ujian dan cobaan kerana ujian dan cobaan itu adalah tanda Allah memberi perhatian kepada kita untuk diberikan pertolongan dan kemenangan.

SubhanaAllah...Takbir!

ummuahmad

mujahidah_61@yahoo.com

Thursday, December 17, 2009

HAYATI HIJRAH RASUL UNTUK LONJAKKAN SEMANGAT JUANG



BERSAMA DENGAN TUAN GURU DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN, NAIB PRESIDEN DAN KETUA MUSLIMAT SELANGOR, SEMASA TAMRIN QIADI MUSLIMAT SELANGOR. PENULIS SEBELAH KANAN

Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam dan penyokong serta pendokong umat Islam di seluruh negara. Semangat Hijrah ini bukan sahaja menjadi agenda sambutan negeri dan negara di samping penyampaian anugerah kepada tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada perkembangan Islam seperti Anugerah Tokoh Maal Hijrah, tetapi hijrah mesti difahami dan dihayati dengan mendalam untuk kita meningkatkan sumbangan kita kepada Islam.

Marilah kita sambut 1 muharam tahun ini dengan melonjakkan semangat jihad dengan jiwa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam seperti yang telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat seperti Abu Bakar As Siddik, Suhaib Ar Rumi dan lain-lain di mana mereka sanggup meninggalkan kemewahan dan harta demi untuk bersama dengan Rasulullah saw berhijrah sekaligus untuk memperjuangkan Islam.

Apa yang berlaku setelah menang dan memerintah, semangat berkorban untuk jamaah semakin luntur di kalangan ahli di mana sudah mula adanya ahli yang mempersoalkan tentang infak untuk parti dengan memberi pandangan bila sudah memerintah tidak perlu menyumbang kepada parti. Perasaan dan pandangan begini mesti dikikis segera demi keutuhan jamaah.

Kemungkinan Pilihanraya Umum sudah tidak sampai dua tahun lagi. apakah persediaan kita ke arah mendapat kemenangan lebih besar dan juga mempertahan kemenangan yang ada.

Sudah tentu tahun 1421 ini, kita sama-sama meletakkan azam dan iltizam untuk melipatgandakan usaha kita dan menyusun strategi ke arah mencapai kemenangan. Elakkan masalah remeh temeh yang boleh melambatkan proses untuk mendapat kejayaan.

Tingkatkan tarbiyah eratkan ukhuwah dan sentiasa bermunajat kepada Allah swt, moga bantuan dan pertolongan Allah sentiasa bersama-sama dengan kita.

Takbir!

Tuesday, December 15, 2009

RIBUAN HADIR CERAMAH UMUM DI PAYA JARAS



Majlis Tindakan DUN Paya Jaras telah menganjurkan ceramah umum di Paya Jaras untuk memberi penerangan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan masyarakat setempat. Program tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dimana ribuan yang hadir untuk mendengar ceramah tersebut. Apa yang dilihat perbezaan setelah Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, ceramah umum dihadiri oleh berbagai bangsa dan mereka memberi respon yang baik kepada program yang dianjurkan.

Di antara penceramah jemputan ialah Ustazah Mariam Abdul Rashid Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor, YB Ng Sue Lin, ADUN Sekinchan yang mewakili DAP, Naib Presiden YB Salllehudin Ayub dan Ustaz Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruhjaya Pas Melaka.

Boleh dikatakan setiap penceramah menyentuh soal integriti Pemimpin akatan Rakyat dan jaminan memberikan hak rakyat dan menjaga kebajikan rakyat. Inilah yang ada kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di mana, mereka tidak ada apa-apa kepentingan melainkan keberadaan mereka sebagai wakil rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat ialah untuk membela nasib rakyat dengan tidak mengira kaum.

Bezanya dengan UMNO BN, pemimpin mereka bertelagah sesama sendiri kerana berebut projek, kepentingan mereka didahulukan berbanding dengan kepentingan rakyat dan tidak mempedulikan nasib yang menimpa rakyat samada masalah sosial yang melanda, jenayah yang meningkat dan gejala salah guna kuasa dan rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Sehinggakan mantan PM, Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO sudah busuk hingga ke usus.
UMNO sudah rosak teruk dan tidak ada ruang lagi untuk diperbaiki melainkan dengan kuasa rakyat supaya menolak mereka dalam PRU 13 nanti.

Melihat kepada ribuan yang hadir ceramah umum di Paya Jaras baru-baru ini, rakyat masih membenci UMNO BN dan menykong PR. Cuma bagi anggota PR, kita tidak boleh merasa selesa kerana UMNO BN akan berhempas pulas menggunakan apa sahaja sumber dan ruang bagi menguasai negeri-negeri PR dan kerusi yang dimenangi oleh PR. Jadi kita hendaklah bekerja sekeras mungkin, menguatkan parti dan kerjasama di antara ketiga-tiga parti PR, PAS< DAP dan PKR hendaklah erat dan kukuh, kerana inilah saja yang membuatkan BN susah untuk menembusi kawasan dan negeri PR.

Program bagi mempertahankan kemenangan hendaklah diteruskan seperti menjaga kebajikan dan keselesaan rakyat secara berterusan. Jangan merasa selesa dengan kemenangan ini, disebaliknya sentiasa bersedia dengan gerakerja semaksima mungkin bagi mempertahankan Kerajaan Negeri yang PR memerintah dan berusaha menguasai kerusi yang belum menang hingga semua negeri dapat di tawan dan pastinya PR dapat menguasai dan memerintah negara dalam PRU 13 nanti.

MAJLIS PECAH TANAH PUSAT TARBIAH ISLAM SUBANG(PUTIS) OLEH TUAN GURU PRESIDEN PAS




Pada 13 Dis 09, Pas Kawasan Subang telah melakarkan suatu sejarah Perjuangan Pas Kawasan Subang di mana Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah turun ke kawasan Subang untuk menyempurnakan Majlis Pecah Tanah, Pusat Tarbiyah Islam Subang (PUTIS)dan juga melancarkan Dana Bangunan PUTIS.

Kandungan ucapan Tuan Guru Presiden ialah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pas Kawasan Subang di atas jemputan kepada program yang mengandungi agenda penting dan bermakna iaitu agenda ke arah pelaksanaan amal kebajikan yang berpanjangan hingga manusia meninggal dunia. Tg Presiden membacakan hadis yang masyhur, apabila mati seorang anak adam maka terputuslah segala amal kecuali 3 perkara, sumbangan yang diberi kebaikan berpanjangan, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepada Allah kebaikan orang tuanya apabila ia meninggal dunia.

Apabila kita mendirikan markaz tarbiyah yangmana di dalamnya terkandung ketiga-tiga perkara yang jadi tonggak kepada kerja Islam yang menyeluruh. Menurut TG Presiden, pandangan teori lain selain Islam ,permulaan membangun negara dan bangsa ialah kemajuan ekonomi tetapi menurut Islam, permulaan kemajuan manusia ialah permulaan membangun manusia dengan membangun rohani, keimanan dan akhlak yang mulia dan ilmu yang memberi manfaat,di samping membangun tubuh badan yang sihat dan masyarakat yang baik.

Permulaan membangun manusia telah mulakan oleh Islam 1400 tahun lebih dulu yang berjaya menyelamatkan manusia, dari di belenggu kezaliman dua kuasa besar iaitu Parsi dan Rom. Kejayaan membangun manusia sehingga berjaya menjatuhkan kedua kuasa besar ini. Kejayaanini bukan sahaja pertolongan Allah, kekuatan tentera tetapi kejayaan dengan akhlak yang mulia dan memberi ilmu yang bermanfaat sehingga keseluruhan masyarakat sekeliling dan rakyat tidak menyokong pemerintahan tersebut sehingga menerima Islam dan membina generasi yang berakhlak mulia bagi meneruskan pemerintahan yang adil kepada semua.

Majlis hari ini bukan sahaja memecah tanah tetapi selepas itu memecah pemikiran manusia yang dibelenggu dengan fahaman karut yang tidak boleh menyelamatkan diri mereka sehingga dilanda dengan berbagai masalah yang dihadapi hari ini. Bukan sahaja di peringkat bawahan dengan masalah sosial dan jenayah yang meningkat, malah ianya juga melanda sehingga ke peringkat pemimpin negara yang melanda seluruh negara dengan masalah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sehingga ada bekas pemimpin negara menyatakan parti pemerintah telah busuk sampai ke usus.

Sebagai parti Islam yang mempunyai tanggungjawab yang besar untuk Islam, bukan sahaja bertanding dalam pilihanraya, tetapi mempunyai agenda besar untuk Islam iaitu bagi mengingatkan manusia tentang Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Islam bukan sahaja sekadar sembahyang puasa hingga haji tetapi Islam adalah ajaran menyeluruh merangkumi politik, ekonomi sosial sehingga memerintah negara.

Apabila Islam di hilangkan peranannya maka timbullah berbagai masalah yang melanda umat hari ini. Pas mempunyai kewajipan untuk mengembalikan manusia kepada Islam yang fikiran telah di jajah oleh penjajah khususnya tentang pemerintahan Islam. Dalam masa yang sama Pas memperkenalkan Islam dengan orang bukan Islam tanpa memaksa mereka menukar agama dengan memberikan peluang kepada Islam memerintah negara. Kenapa mereka boleh memberi ruang kepada komunis yang zalim untuk memimpin dan bersusah payah sehingga lari ke dalam hutan sehingga bering berlapar? Sudah tenttu mereka boleh menerima Islam. Hari ini orang bukan Islam sanggup bersama-sama dengan Islam dan Pas memberi ruang kepada mereka menubuhkan Kelab Penyokong Pas untuk mereka bersama-sama mendokong perjuangan Pas.

Maka pembinaan markaz Pas bukan sahaja untuk memberi ilmu dan membangun ahli Pas tetapi untuk membangun masyarakat dan memberi kebajikan menyeluruh kepada masyarakat.

Presiden mengucapkan syabas kepada Pas Subang dengan kejayaan permulaan memecah tanah dan pembinaan bangunan serta memberi ruang kepada kita untuk menyumbang kepada Islam.

Selepas majlis pecah tanah, Tuan Guru Presiden dan rombongan dibawa ke Dewan MBSA Kampung Melayu Subang untuk program hi tea dan YDP Subang, Tuan hj Mesni Dahlan telah menyampaikan cebderahati kepada TG Presiden dan Dato' Pesuruhjya Pas Selangor.

Moga dengan terbinanya PUTIS nanti perkembangan dan kemajuan Islam semakin mantap di Kawasan Subang ini seterusnya menyumbang kepada skonganrakyat kepada Islam.

Takbir!

PENTINGNYA TARBIYAH DI ERA KEMENANGAN




SALAM I LOVE YOU, GAME UKHUWAH DAN MALAM TAUTAN KASIH CUNGKIL BAKAT MUSLIMAT DI SAMPING BERHIBUR MENGIKUT SYARIAT.

KEMENANGAN ADALAH SUATU UJIAN DARIPADA ALLAH SWT KEPADA KITA UNTUK MELIHAT SEJAUH MANA KUASA YANG DIPINJAM OLEH ALLAH KEPADA KITA INI DAPAT KITA JADIKAN SEBAGAI SUATU JALAN DAN RUANG YANG MUDAH UNTUK KITA PERTAHANKAN ISLAM DAN BERPEGANG KEPADA PRINSIP ISLAM SETERUSNYA BERILTIZAM UNTUK MELAKSANAKANNYA.

DI SAMPING ITU, KEMENANGAN MESTILAH DIURUS DENGAN SEBAIKNYA DENGAN MENJADIKAN KEMENANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK KITA MEMPERKUKUHKAN PARTI KERANA APABILA MEMERINTAH, KITA MEMPUNYAI BANYAK SUMBER, SAMADA DARI SUDUT MENDAPAT SOKONGAN DENGAN RUANG DAKWAH YANG TERBUKA DAN MUDAH MALAH PELUANG DISUDUT MATERIAL UNTUK MEMPERKUKUHKAN DANA PARTI.

BIASANYA DENGAN KEMENANGAN DAN ADANYA KUASA, PEJUANG AKAN LEKA DAN HANYUT DENGAN RENTAK KEMENANGAN DAN BIASANYA RAMAI YANG GUGUR SETELAH MENANG, TIDAK KURANG JUGA RAMAI YANG TIDAK HIRAUKAN TUNTUTAN DAN ARAHAN JAMAAH.

SEBAB ITU,PENTINGNYA TARBIYAH DI ERA KEMENANGAN DAN ISTIQAMAH MELAKSANAKANNYA SECARA BERTERUSAN. SETELAH MEMRINTAH,PROGRAM TARBIYAH MESTILAH DILIPATGANDAKAN LAGI KERANA DI ERA KEMENANGAN FITNAH BEGITU SUBUR DAN BERLELUASA BERLAKU DI KALANGAN AHLI JAMAAH SENDIRI, TERUTAMA MEREKA YANG MEMPUNYAI JAWATAN DALAM KERAJAAN SANGAT TERDEDAH KEPADA FITNAH DAN TOHMAHAN. MEREKA AKAN SENTIASA DIPERHATIKAN, DAN DIINTAI CARA HIDUP MEREKA KALAU-KALAU ADA PERUBAHAN SETELAH ADA JAWATAN. KELEMAHAN DAN KESILAPAN MEREKA AKAN SENTIASA DICARI UNTUK DIFITNAH DAN DISEBARKAN WALAUPUN BERITA ITU BELUM TENTU SAHIH.

APA YANG MENYEDIHKAN, FENOMENA INI BERLAKU DI KALANGAN AHLI JAMAAH SENDIRI.MASA YANG ADA HABIS DIGUNAKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DALAMAN DAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN SESAMA SENDIRI BERBANDING DENGAN MENYUSUN GERAKERJA DAN STATEGI MELAWAN MUSUH.

MEHNAH DAN CABARAN DI ERA KEMENANGAN BUKAN DATANG DARI MUSUH TETAPI DARI KALANGAN AHLI JAMAAH SENDIRI MALAHAN YANG LEBIH MALANG SAHABAT DAN TEMAN RAPAT PUN BOLEH MENJADI MUSUH DALAM SELIMUT.

KHILAF DAN PERSELISIHAN DI KALANGAN AHLI JAMAAH DI SEMUA PERINGKAT ,TERLALU MUDAH BERLAKU DAN BEGITU TERBUKA KEPADA UMUM, KERANA MASING-MASING INGIN MENUNJUKKAN KEHEBATAN MASING-MASING SUPAYA MENDAPAT PERHATIAN UMUM.

OLEH ITU SEMUA PERINGKAT PARTI MESTILAH MEMBERI PERHATIAN KEPADA PENTARBIYAHAN,SAMADA AHLI BAWAHAN HINGGALAH KE PERINGKAT PIMPINAN DAN YANG BERJAWATAN DALAM KERAJAAN JUGA TIDAK KETINGGALAN. SEMUA AHLI PARLIMEN, ADUN, AHLI MAJLIS, JKKK, NAZIR MASJID WAJIB MENGIKUTI PROGRAM TARBIYAH YANG DIANJURKAN.

AKHIR-AKHIR INI KITA SERING MENYEBUT TENTANG PEMERKASAAN PARTI. SEBENARNYA PARTI AKAN MANTAP DAN PERKASA SEKIRANYA TARBIYAH BERJALAN SECARA KONSISTEN DAN SEMUA PIHAK MEMBERI PERHATIAN DAN MENYIAPKAN DIRI UNTUK DITARBIYAH.

SESUNGGUHNYA, TARBIYAH ADALAH ASAS KEPADA GERAKAN ISLAM UMPAMA SEBUAH BANGUNAN YANG PERLU KEPADA ASAS YANG KUKUH. SEKIRANYA ASAS FOUNDATION BANGUNAN LONGGAR DAN LEMAH MAKA MUDAHLAH RUNTUHNYA SESEBUAH BANGUNAN. TARBIYAH JUGA ADALAH NADI KEPADA PERJUANGAN ISLAM DAN USRAH SEBAGAI PENYAMBUNG HAYAT KEPADA KEKUATAN DAN KEUTUHAN JAMAAH.

PAS BERTAHAN HINGGA 50 TAHUN LEBIH KERANA ADANYA TARBIYAH DAN AHLI YANG IKHLAS BEKERJA UNTUK JAMAAH.INILAH YANG MEMBEZAKAN PAS DENGAN PARTI LAIN. TARBIYAH PERLU DIPERKASAKAN DAN SEMESTINYA DIARUSPERDANAKAN, SUPAYA WALAU DALAM KEADAAN MACAMANA PUN, SAMADA MENANG ATAU KALAH, PAS TETAP UTUH, SEMAKIN TEGAP DAN MANTAP DARI SEHARI KE SEHARI HINGGA DITERIMA OLEH SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT DAN SUDAH TENTU KEMENANGAN YANG BESAR AKAN MENANTI KITA.

Dalam suasana kemenangan di negeri Selangor, Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor tidak meminggirkan tarbiyah kerana tarbiyah adalah asas yang kukuh untuk menguatkan parti demi mempertahankan kemenangan.

Tamrin adalah salah satu juzuk daripada tarbiyah yangmana objektifnya adalah untuk menyelaras fikrah ahli yang telah mengikuti usrah di peringkat masing-masing. Alhamdulillah, tamrin yang berlangsung tiga hari dua malam mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan daripada muslimat kawasan berjumlah 130 orang.

Tamrin yang bertemakan Rapatkan Saf Pertahan Kemenangan dengan modul yang berkonsepkan memantapkan kepimpinan muslimat dan juga merapatkan ukhuwah kerana kejayaan jamaah adalah bermula dari kepimpinan yang baik dan juga gerakerja yang lancar yang dilaksanakan berasaskan ukhuwah yang erat dan mantap.

Pengisian pertama dimulakan dengan ceramah motivasi oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor YB Dato' Dr Hasan Ali yang sangat memberi penekanan kepada muslimat supaya bersungguh-sungguh berkerja demi mempertahankan kemenangan dan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Menurutnya dengan kuasa yang ada kita boleh kuasai masjid dan surau untuk melaksanakan program-program dakwah dan mengimarahkan majlis-majlis ilmu untuk menarik masyarakat kepada Islam. Menurut YB Dato Hasan lagi, yang membezakan Pas dengan parti lain terutama UMNO ialah dasar dan prinsip Islam yang konsisten diperjuangkan oleh Pas.

Dato PJ menyimpulkan ucapan beliau dengan memetik beberapa ucapan Dato Seri Tuan Guru Presiden, antaranya:

1. Pas mestilah tidak berdolak dalik dalam membawa Islam dan memimpin ummah, dalam masa yang sama meraikan penganut agama lain.
2. Pas mesti tegak atas kekuatan sendiri dan tidak boleh menumpang kekuatan orang lain dengan menghidupkan program tarbiyah sebagai asas kekuatan parti dengan menghidupkan usrah di semua peringkat, berusaha meramaikan ahli dan membanyakkan cawangan.
3. Sebagai sebahagian parti yang memerintah, Pas mesti menjaga 3 perkara:;
a. Keutuhan dalaman parti dengan menjaga prinsip wala' kepada kepimpinan
b. Jangan memusuhi pegawai-pegawai kerajaan.
c. Mesti menjaga hubungan dengan istana.
Dato Hasan mengakhiri ucapan dengan katanya, ahli Pas jangan leka dengan lagu kemenangan hingga tidak bekerja serta memberi pengiktirafan kepada muslimat dengan sumbangan besar kepada setiap pilihanraya, samada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum dan beliau menyatakan bahawa beliau sentiasa menyokong usaha muslimat serta diakhiri dengan harapan beliau supaya muslimat mengenepikan perkara kecil dan remeh temeh hingga merencatkan perjalanan gerakerja dan mengutamakan matlamat yang besar iaitu untuk memartabatkan Islam di negeri Selangor.

Pembentang seterusnya ialah Al fadhil Ust Idris Ahmad dengan memulakan ucapan beliau dengan ungkapan 'Kemenangan adalah tarbiyah secara praktikal'. Setelah ada kuasa kita dapat melihat wajah sebenar manusia.
Tarbiyah sangat penting di era kemenangan kerana 1. peranan tarbiyah adalah untuk menutup apa-apa yang lompang pada parti 2. Untuk menjaga ahli supaya tidak lari dan leka setelah memerintah 3. Untuk menjamin dan memantapkan parti.
Di era kemenangan pemimpin mesti lebih banyak menjaga hubungan dengan Allah, banyak muhasabah diri dan menjadi qudwah hasanah kepada ahli dan rakyat.
Jika tarbiyah tidak berjalan dengan baik akan menimbul banyak masalah dalaman pada parti. Antara harapan Ust Idris supaya muslimat bukan sahaja menjalankan usrah di semua peringkat tetapi juga tidak meninggalkan usrah dan tarbiyah untuk anak-anak ahli dan golongan remaja.

Muslimat Selangor sangat bertuah kerana kesudian Naib Presidan 1 Pas untuk bersama dengan Muslimat Selangor dengan memberi taujihat yang sangat berkesan dan menyentuh hati para peserta dengan pengisian tajuk Pemimpin: Suatu Amanah dan Tanggungjawab.
Dato Tuan Ibrahim memulakan taujihat dengan menyatakan, ' Kita lebih bimbang allah uji kita dengan kemenangan kerana lebih ramai yang gugur setelah menang.'

Usrah sebagai nadi dan tamrin menyatupadukan ahli usrah. Menurut beliau lagi, kepimpinan adalah elemen penting sebagai amanah dan menekankan, untuk melantik kepimpinan, jangan beri kepada mereka yang tidak mampu. Beliau juga mengaitkan dengan kisah Abu Dzar yang meminta jawatan dari Rasulullah saw tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya kerana ada beberapa kelemahan pada Abu Dzar yang Rasulullah sudah maklum. Kata Rasulullah kepada Abu Dzar: ' SEsungguhnya kamu lemah sedang jawatan adalah suatu amanah daripada Allah swt, jangan sampai jawaatan menyebabkan kamu bersedih di akhirat nanti.'
Pemimpin mesti ada kemampuan untuk mengurus iaitu mengurus organisasi, mengurus keluarga, mengurus masa dan mengurus diri.
Kepimpinan yang baik ialah yang mampu menyediakan kepimpinan yang lebih baik daripadanya untuk mengambil alih tempatnya. Jangan jadi macam UMNO jika ada yang lebih baik dan berkemampuan dan berpontensi akan segera dicantas. Ini akan menyebabkan organisasi menjadi lemah dan bermasalah.
Antara ucapan beliau, pemimpin mesti ada ciri-ciri berikut untuk menghadapi mehnah dan ujian besar: 1. menjaga hubungan dengan Allah dengan Solat tahajud, Amalan tertentu yang tetap seperti zikir ma'thurat dan diamalkan dengan istiqamah dan hadir majlis ilmu.
2. Kekuatan hubungan dengan ahli..dengan menjadi ikon yang mampu diterima oleh ahli, mesti ada sifat tawadhu walaupun sudah ada kedudukan dan jawatan dan juga menjaga kebajikan serta mengiktiraf dan meraikan usha ahli bawahan.
3. Kepimpinan mesti menjaga agenda perancangan kerja yang disusun kerana kita hanyalah matarantai perjuangan supaya segala yang telah disusun dapat dilaksanakan ke arah penerusan dan kesinambungan perjuangan.
Beliau mengingatkan peserta bahawa kepimpinan adalah suatu amanah jamaah, jadi jangan melakukan suatu perkara yang merugikan jamaah dengan mematuhi fakktor berikut:
- mesti mematuhi keputusan
- jaga amanah mesyuarat
- jangan paksa mesyuarat terima keputusan kita sebaliknya memaksa diri utnuk menerima keputusan mesyuarat/jamaah.
4. Pemimpin mesti memahami bahawa jawatan adalah suatu amanah yang akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti. Mestilah tunaikan amanah sebaik-baiknya.

Ust tuan Ibrahim menyimpulkan ucapan dengan memberikan harapan dan saranan kepada muslimat supaya bersungguh-sungguh memperkukuhkan parti untuk mendapat kemenangan yang lebih besar. Beliau juga mengingatkan, di waktu kita menjaga sokongan bukan Melayu, jangan tinggal untuk mendapat sokongan orang Melayu kerana sokongan orang Melayu sangat penting kepada Pas. Akhirnya, beliau mengingatkan, muslimat jangat menhabiskan masa kepada perkara remeh dan perkara furu' sebaliknya mengutamakan prinsip dan dasar serta tidak melupakan program yang mengeratkan ukhuwah.

Tamrin muslimat Selangor diselitkan dengan slot membina ukhuwah serta mencungkil bakat muslimat dengan slot Malam seribu satu malam. Program yang berbentuk hiburan dan menggabungkan tenaga Nisa/muslimat muda dan muslimat veteran di mana ada yang berdikir barat, ada yang bersajak, bernasyid, boria, lakunan dan berpantun. Program yang sangat-sangat menghiburkan muslimat yang begitu terasa mengikat ukhuwah. Tidak ketinggalan juga game lasak dan berbentuk ukhuwah juga.

Tamrin ditutup dengan salam jamaie, masing-masing berpelukan dan menitiskan airmata juga di selang selikan dengan lagu Doa Rabitah sebagai lagu tema tamrin. Pastinya tamrin ini sangat-sangat meninggalkan kesan di hati peserta dan kenangan indah. Muslimat Selangor kembali ke kawasan masing-masing dengan suatu semangat untuk pertahankan kemenangan di Selangor dan untuk mendapat kemenangan yang lebih besar pada Pas.

Takbir!

Monday, November 16, 2009

Perkembangan Islam Lebih Baik Di Zaman Pakatan Rakyat – Khusrin
Posted on Monday, November 16 @ 02:56:21 PST by CyberSniper


oleh: Alternatif News Network

Shah Alam, 15 Nov – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi bersyukur melihat perkembangan Islam yang positif di negeri Selangor di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding dengan zaman pemerintahan UMNO yang lalu.



“Alhamdulillah, sejak kerajaan baru memerintah Negeri Selangor, kita dapat lihat banyak program yang dapat dibuat seperti forum perdana diperingkat negeri, daerah dan mukim. Dan kita lihat dari segi pengimarahan masjid bertambah baik berbanding dengan pemerintahan dulu” kata beliau sewaktu ditemui di Masjid Negeri Shah Alam semalam selepas Forum Perdana Ehwal Islam yang menampilkan Dato’ Dr Hasan Ali sebagai moderator, Dato’ Dr. Haron Din dan Dato’ Ismail Kamus sebagai ahli panel.


Menegenai tuduhan ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungip bahawa mungkin ada tangan-tangan ghaib dibelakang JAIS ketika berlaku insiden penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri kerana tiada tauliah, Khusrin menafikannya. Beliau mendakwa tidak pernah menerima arahan daripada sesiapa untuk membuat tangkapan berkenaan.

“JAIS telah mengikuti aktiviti yang dibuat oleh Dr. Asri sejak tahun 2006 lagi. Dan kita telah memberi ruang yang cukup kepada beliau termasuk memberi peringatan. Dan apa yang kita buat adalah berdasarkan undang-undang”, tegas beliau. – ANN

Friday, October 30, 2009

KONSISTEN TARBIYAH SYARAT MENANG

Apabila Pas kalah teruk dalam PRU 11 tahun 2004 dan menang di Kelantan seperti telur di hujung tanduk dengan majoriti 2 kerusi, juga jatuhnya Kerajaan Pas Terengganu, di tambah lagi rakan kerjasama politik DAP selepas itu keluar dari BA dan ditambah lagi kekalahan Pas pada pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir hingga majoriti Kerajaan Pas Kelantan dengan satu kerusi sahaja. Namun dengan kesungguhan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, alhamdulillah kerajaan Pas Kelantan dapat bertahan.

Ketika itu, walaupun Pas kalah teruk dan rakan DAP keluar dari BA, semua peringkat dalam Pas tetap tenang dan berlapang dada menerima keputusan pilihanraya dengan penuh kesedaran serta menerima kekalahan dengan jiwa yang menginsafi segala kelemahan dan kekurangan diri untuk dimuhasabah.

Maka, ungkapan-ungkapan yang terkeluar ketika itu terutama dari pimpinan teratas ialah Pas sudah mula meninggalkan tarbiah, tarbiah di seluruh peringkat terlalu lemah bingga melahirkan ahli yang tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memenangkan jamaah.

Sudah tentu selain dari itu kita semua maklum dengan penipuan UMNO BN yang menggunakan SPR juga membawa masuk pengundi hantu dan juga menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi mencapai hasrat jahat mereka untuk terus menzalimi rakyat dengan terus memrintah negara ini.

Ada juga sinis-sinis ungkapan-ungkapan yang manyatakan kenyataan-kenyataan pimpinan Pas terutama Tuan Guru Presiden yang menyebabkan kekalahan. Tapi semua itu tidaklah menjadi bualan yang meluas atau perbincangan umum khususnya di kalangan ahli sendiri. Perkara tersebut tenggelam dan lenyap begitu sahaja.

Yang pasti dan jelasnya rata-rata menyatakan kekalahan teruk pas adalah kerana Pas sudah cenderung kepada politik berbanding memberi penumpuan kepada aspek tarbiah.

Menyedari hakikat ini, di peringkat Pas Pusat yangmana ketika itu Lajnah Tarbiah dipimpin oleh Tuan Guru Presiden sendiri bersama kesungguhan Ust Idris Ahmad, berusaha menganjurkan program tarbiah di peringkat pusat iaitu Konvensyen Tarbiah dengan pembentangan kertas kerja tarbiah, seperti menyegarkan semula (refresh) manhaj tarbiah dan juzuk tarbiah yang lain kemudian mengarahkan negeri-negeri mengadakan di peringkat negeri pula dan diperturunkan di peringkat kawasan dan cawangan.

Ketika itu perjalanan tarbiah sangat lancar dan berkesan. Di peringkat Pas Selangor pula telah melancarkan Tahun Tarbiah pada tahun 2005, dimana pelaksanaannya di peringkat kawasan dan cawangan. Kuliah-kuliah haraki begitu hidup di Markaz-markaz. Begitu juga dengan usrah gabungan dan Liqa ul Fikri serta Tamrin semua peringkat.

Sehinggakan ada ungkapan salah seorang pimpinan yang satu ketika dulu sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Dewan Pemuda Pas Pusat yangmana sekarang sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat juga murabbi saya, adinda saya, Ustaz Nasrudin Tantawi menyatakan dengan ungkapan 'KITA MESTILAH MENGARUSPERDANAKAN TARBIAH'. Saya rasa Ustaz Nasrudin masih konsisten dengan tindakan dan ungkapannya jika kita baca penulisan beliau dalam blog beliau jelas masih konsisten dengan aspek tarbiah.

Rasanya ketika itu, tidak tersebut atau terlintas kerjasama dengan DAP, kecuali menjalinkan hubungan baik dengan rakan Parti Keadilan serta menambah mantap lagi kkerjasama setelah DSAI dibebaskan dari penjara.

Seluruh peringkat Pas sehingga jentera pilihanraya seperti biasa, bila setahun sebelum PRU akan lebih agresif dengan gerakerja pilihanraya, ceramah-ceramah penerangan begitu giat diadakan di samping tidak ketinggalan dengan program tarbiah dan munajat dengan menghidupkan markaz-maarkaz.

Tidak terfikir dan terlintas pun tentang kemenangan ketika itu. Begitulah gigih dan ikhlasnya ahli Pas, bekerja tanpa ada kepentingan. Siapa sahaja yang jadi calon pilihanraya, mereka akan bekerja bertungkus lumus walaupun parti lain yang bertanding selain Pas, mereka tetap ikhlas dengan matlamat untuk menangkan calon dan asalkan UMNO BN dapat dijatuhkan.

Mac 2008, mencatat peristiwa bersejarah kepada negara dan sejarah hitam kepada UMNO BN, dimana BN terlepas lima negeri ke tangan pembangkang. Maka ketiga-tiga parti sepakat menubuhkan kerajaan campuran demi satu matlamat mengambil kuasa pemerintahan BN.

Bagi saya sebagai seorang aktivis dan ahli biasa Pas, kemenangan ini memang tidak diduga. Tidak terlintas dibenak saya pembangkang dapat memrintah negeri Selangor khususnya. Merasakan kemenangan dalam keadaan kita masih agak belum bersedia untuk mengurus kemenangan tersebut.

Segala yang mustahil boleh berlaku sekiranya di sana adanya satu kuasa yang semua makhluk tidak boleh campurtangan iaitu kuasa Allah swt. Kemenangan ini adalah anugerah Allah swt kerana kesucian hati pejuang yang bekerja dengan ikhlas di samping menyedari dan menginsafi segala kelemahan diri dengan iltizam untuk memperbaiki serta kembali kepada Rabb pemilik kita dengan kembali kepada asas, prinsip dan asas jamaah ialah menganggap bahawa tarbiah sangat-sangat penting dan tonggak kekuatan jamaah juga untuk memenuhi syarat mendapat rahmat dan kemenangan dari Allah swt.

Inilah asasnya, inilah sebenarnya formula kemenangan yang Allah pinjamkan sedikit pada kita pada PRU 12 lalu. Siapakah yang lebih berkuasa membuka dan melembutkan hati-hati pengundi untuk menyokong dan memangkah parti kita (Pas)? Jawapannya Allah swt lah yang membuka hati semua pengundi, semua bangsa samada Melayu, Cina atau India mengundi kita. Benar ada sedikit usaha kita dengan penubuhan Kelab Penyokong Pas..tapi kenapa dengan ahli Kelab Penyokong Pas yang begitu ramai sekarang, kita kalah pula di Bagan Pinang? Persoalannya sama-sama kita jawab sendiri.

Sebenarnya Allah swt berhak memelihara Hizbullah, kumpulannya..kitalah Pas. Kekalahan di Bagan Pinang satu peringatan dari Allah kepada kita pejuang Pas supaya tidak leka dan lalai dengan kemenangan. Supaya tidak merasa bangga dengan banyak kalinya menang sebaliknya perlu kita semua ingat, kemenangan semua itu adalah anugerah Allah swt kepada kita. Kekalahan di Bagan Pinang sebagai suatu didikan dari Allah supaya kita semua kembali kepada asas dan prinsip perjuangan kita sebagai gerakan Islam iaitu mengutamakan/'meng arusperdana kan tarbiah dalam semua aspek gerakan kita.

Janganlah kekalahan di satu DUN N31 Bagan Pinang menyebabkan kita bertelagah, saling tuding menuding antara sesama kita ahli jamaah, menimbulkan khilaf dan konflik yang meluas yang kemungkinan melemahkan seluruh organisasi. Ianya memungkinkan juga membuka ruang yang luas kepada musuh untuk memutar belit kenyataan-kenyataan sebahagian dari pimpinan untuk memberikan gambaran buruk parti kita kepada rakyat seluruhnya dengan ertikata lain konflik terbuka ini seolah-olah memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita.

Akhirnya..marilah kita semua kembali meletakkan diri kita sebagai ahli jamaah gerakan Islam seperti selepas kekalahan PRU 11 2004, dengan menginsafi segala kekurangan dan kelemahan kita semua, menghentikan tuding-menuding antara ahli jamaah sebaliknya kembali kepada konsep ukhuwah fillah. Janganlah meletakkan kepentingan diri, jawatan, kedudukan di atas, melainkan meletakkan kepentingan jamaah lebih utama dari segala-galanya. Utamakan pengukuhan jamaah kita, kerjasama erat di kalangan sesama ahli jamaah dahulu bukan lebih pentingkan kerjasama dengan orang luar dari kita. Kembali kepada pemerkasaan tarbiah di semua peringkat. Usrah, tamrin, liqa ul fikri dan lain-lain juzuk tarbiah wajib diadakan di seluruh peringkat.

Sebagai mukmin, pastinya kita menerima kekalahan dengan takdir, qada dan qadar Allah setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.Janganlah jangkauan politk yang berlebihan menyebabkan kita lupa pada asas pegangan aqidah kita. Sekiranya kita menerima kekalahan di Bagan Pinang dengan penuh muhasabah serta memperbaiki segala kelemahan, insyaallah Allah swt akan kurniakan kepada kita (Pas) kemenangan yang lebih besar lagi pada PRU 13 nanti. Tapi sebaliknya sekiranya kita tidak berkesudahan dengan kemelut masalah dalaman dan tidak mahu mengaku kelemahan diri, tidak mustahil Allah swt akan menarik balik kemenangan yang ada pada kita.

Apa yang pasti, kemenangan adalah hak mutlak Allah swt..Dia berhak mengurniakannya pada kita sekiranya kita penuhi syarat-syarat sebagai 'Hizbullah'. Ingatlah hati-hati manusia adalah di dalam penguasaan Allah swt. Kalau Allah mahu Allah boleh balikkan semua hati pengundi untuk menyokong Islam. Yakinlah bahawa pertolongan Allah dan kemenangan sangat dekat..

Allahu Akbar!

mujahidah61

Monday, October 12, 2009

PRK BAGAN PINANG: MEDAN UNTUK MUHASABAH KEPADA PAS


Setiap kali berlaku Pilihanraya kecil di mana-mana kawasan, UMNO/BN sememangnya tidak ada isu hendak diketengahkan kepada rakyat. Selain dari menaburkan janji pembangunan dan keselesaan ekonomi kepada rakyat, UMNO/BN akan memburuk-burukkan pemimpin pakatan rakyat dan strategi UMNO/BN yang sudah menjadi budaya dan sebati dengan cara mereka ialah dengan merasuah pengundi dengan menaburkan wang. Berbagai-bagai kaedah dan strategi dilakukan oleh mereka, termasuk melakukan penipuan dengan membawa masuk pengundi hantu.

Inilah yang ketara berlaku di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, walaupun perkara ini dilakukan di PRK lain, tetapi di Bagan Pinang mereka melakukan aksi terdesak dan lebih ganas lagi. Sebagai jentera pilihanraya saya lebih awal lagi berada di Bagan Pinang.Sebelum penamaan calon lagi.Apa yang kita dapati bahawa diperingkat awal malah hingga hari-hari terakhir kempen, pengundi memang menyatakan sokongan kepada PR/PAS. Adalah mustahil dan pelik jika dikatakan jentera PR tidak 'touch' pengundi. Boleh dikatakan setiap hari dan tidak putus-putus petugas muslimat mengadakan ziarah dari rumah ke rumah. Selain dari berkempen, muslimat membawa bantuan barangan makanan. Rasanya selepas ini boleh di katakan 6 bulan pengundi-pengundi khususnya di kawasan estet tidak perlu memberi barangan makanan yang terlalu mewah yang telah disumbang oleh jentera PR/Pas.

UMNO/BN sudah terdesak dan tidak ada jalan lain melainkan dengan menggunakan budaya ugutan, mengupah samseng dan juga merasuah pengundi dengan memberi wang tunai di saat-saat akhir hari pengundian terutama kepada pengundi kawasan estet yang sudah tentu terpengaruh juga dengan hasutan BN kerana keadaan kehidupan mereka yang dalam keadaan susah dan sangat-sangat terhimpit dengan masalah kewangan. Saya pasti, mereka faham dengan penerangan jentera Pas, bukan mereka tidak tahu Tan Sri Isa Samad adalah perasuah, tapi mereka terpaksa mengundi BN kerana faktor ugutan dan tawaran wang tunai BN yang mengelabui mereka. Bermakna kemenangan BN di Bagan Pinang bukanlah kerana kekuatan BN yang semulajadi tetapi dengan berbagai taktik negatif dan kotor termasuk menakut-nakutkan pengundi dengan provokasi-provokasi samseng yang membuat kekecohan dan pergaduhan di beberapa tempat.

Selain daripada itu, sudah tentu faktor pengundi pos di kalangan anggota tentera yang menjadi penentu dan membantu kemenangan BN. Pembuangan undi secara terbuka yang dilaksanakan oleh SPR kepada pengundi tentera di Bagan Pinang adalah sebenarnya sebagai suatu lakonan semata-mata seolah-olah mereka telus. Siapa tahu di sebalik itu apa yang berlaku, sebagaimana yang kita selalu dengar pengakuan dari beberapa orang bekas-bekas tentera yang menyokong Pas, mengatakan bahawa ada pihak lain yang memangkahkan untuk mereka.

Tidak cukup dengan menggunakan SPR, BN menggunakan jentera kerajaan yang lain seperti sebahagian anggota polis di kalangan SB yang menjadi mata dan telinga kepada BN yang menyusup masuk ke pusat operasi jentera PAS, dan sudah tentu menyalurkan maklumat strategi kepada BN. Buktinya sudah ada semasa di PRK Permatang Pasir, seorang anggota SB dengan aksi yang mencurigakan, telah menyusup masuk untuk mendengar taklimat yang diadakan kepada jentera Pas, yang akhirnya disedari oleh salah seorang petugas Pas kerana beliau turun dari kereta polis, lalu petugas-petugas Pas telah memberi amaran dan menghalau beliau keluar dari pusat operasi tersebut.

Sebenarnya kemenangan BN di Bagan Pinang bukanlah kerana BN kuat, tetapi kerana budaya ugutan, samseng, provokasi, taburan wang, menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera mereka dan media perdana sebagai alat mereka menyalurkan propaganda yang berkempen untuk mereka. Apa yang kita lihat di Bagan Pinang, jentera mereka di kalangan wanita UMNO, puteri UMNO dan juga jentera dari komponen BN yang lain. Mereka tidaklah begitu ramai dan tidak begitu kelihatan turun berjumpa dengan pengundi. Berbanding dengan jentera dan petugas dari PR yang begitu ramai yang datang dari seluruh pelusuk tanahair untuk membantu kempen PRK Bagan Pinang ini.
Jika diukur dengan jentera dan kelebihan menyentuh pengundi setiap hari, memang kemenangan berpihak kepada PR/PAS. Dengan ertikata lain, jika diukur secara normal gerakerja pilihanraya sudah tentu BN akan kalah teruk kerana kelemahan mereka yang terlalu banyak.

Kemungkinan jika pilihanraya umum, BN tidak ada keupayaan untuk melakukan sepertimana di Bagan Pinang kerana mereka terpaksa memberi tumpuan seluruh negara.
Kita tidak hairan dengan kemenangan BN di Bagan Pinang kerana kemenangan bukan kerana mendapat sokongan sebenar dari pengundi, tetapi kerana penipuan, taburan wang dan fakator pengundi pos.

Bagi pengundi di Bagan Pinang, terimalah seorang wakil rakyat Bapak Rasuah. Jangan harap Tan Sri Isa Samad akan menjenguk pekerja-pekerja ladang selepas ini jauh sekali menghulurkan sumbangan dan bantuan malah kemenangan beliau adalah pembuka jalan kepada beliau untuk meneruskan kerja lama beliau iaitu melakukan rasuah dan merompak harta dan hak rakyat Negeri Sembilan. Kehidupan rakyat akan kembali seperti biasa, yang bekerja di ladang dengan kesusahan mereka, yang berniaga di gerai-gerai kecil tepi jalan yang kebanyakan orang Melayu akan kembali dengan perniagaan mereka yang tentera akan kembali dengan tugas-tugas mereka, tiada apa-apa perubahan berlaku malah janji akan tinggal janji.

Bagi kita petugas-petugas PR/PAS, sudah tentu kekalahan di Bagan Pinang tidak boleh dipandang mudah dengan menuding jari kepada UMNO BN semata-mata penyebab kepada kekalahan ini. Yang pastinya kita juga perlu mengkoreksi atau muhasabah, faktor penyebab kepada kekalahan ini. Bedah siasat mesti dilakukan segera. Bagi saya, kekalahan di Bagan Pinang kepada Pas adalah medan untuk kita muhasabah banyak perkara dengan memperbaiki banyak kelemahan-kelamahan yang sememangnya sudah wujud sedikit sebanyak sebelum Pilihanraya, semasa tempoh kempen dan semasa hari mengundi. Antara kelemahan yang perlu dibaiki ialah:-

1. Sebelum hari mengundi/sentiasa/ berterusan.

Kita perlu menyelesaikan segala masalah dalaman dengan merujuk kepada pimpinan dan kembali kepada konsep jamaah Islam serta perlu berlapang dada jika ada khilaf-khilaf yang berlaku dan kembali kepada konsep ukhuwah Islamiyah.


2. Semasa tempoh berkempen.

a. Jangan ada terlalu banyak arahan-arahan yang bertindih atau ramai pihak yang ingin menjadi ketua, sekiranya dirasakan jentera pembantu lebih baik, terutama dari negeri yang telah menang, eloklah menyerahkan urusan gerakerja kempen kepada jentera pembantu di samping jentera tempatan memberi kerjasama dan maklumat-maklumat berkenaan dengan suasana, keadaan dan maklumat pengundi.

b. Program munajat hendaklah diadakan setiap hari/qiamullail berjamaah serta sentiasa berzikir dan bagi petugas Pas, penggantungan hanyalah kepada Allah swt.

d. Tingkatkan kawalan pusat-pusat operasi PR/PAS dengan mengenalpasti identiti petugas dengan memastikan pendaftaran petugas mestilah dimaklumkan kepada YDP/SU kawasan untuk jentera pembantu untuk mengesan SB yang menyamar.

3. Semasa Hari Mengundi

a.Mesti ada skuad pemantau yang cekap bagi memantau jentera lawan di depan pusat pengundi yang lengkap denga kamera canggih di mana kemungkinan ada pengundi yang sama keluar masuk pusat mengundi beberapa kali, petugas perayu undi BN yang tidak menunjukkan identiti mereka yang merayu undi ke dalam kawasan mengundi atau berhampiran dengan pusat mengundi yang menawarkan wang tunai kepada pengundi jika mereka mengundi BN.
b. Mesti ada skuad khas yang menjaga laluan lain atau pintu masuk lain pusat mengundi selain dari laluan utama dan pintu masuk utama pusat mengundi kerana kemungkinan pengundi hantu akan di bawa masuk dari pintu belakang atau mana-mana penjuru pusat mengundi yang mempunyai pintu masuk.

3. Selepas Hari Mengundi PRK Bagan Pinang.

a. Kembali menguatkan jamaah/parti dengan memantapkan pengurusan dan gerakerja Parti ke negeri masing-masing terutama negeri yang telah memerintah seperti Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekalkan dan mempertahankan kemenangan pada PRU 13 nanti.

b. Program-program tarbiyah dan pembinaan ahli mesti ditingkatkan dan berterusan. Usrah, tamrin,liqa ul fikri, qiamullai, munajat dan lain-lain program tarbiyah wajib dilaksanakan dengan berterusan.

c. Usaha menambah ahli dengan mendekati masyarakat dengan program dakwah dan memberi kefahaman Islam dan menerangkan tentang penyelewengan UMNO BN.

d. Mendekati rakyat dengan program-program kebajikan dan kemasyarakatan supaya terus menyokong dan menambahkan sokongan rakyat kepada PR

C. Menambahkan ahli Kelab Penyokong Pas samada dari kalangan kaum India dan Cina atau bangsa-bangsa lain dengan mengadakan program bersama-sama dengan mereka serta mendekati mereka dengan memahami budaya mereka.

d. Mantapkan dan tingkatkan kerjasama dan hubungan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

e. Sentiasa wala' kepada pimpinan dan arahan-arahannya.

Kesimpulannya, bagi kita pejuang agama Allah, kekalahan dalam pilihanraya bukanlah bermakna kita kalah dalam perjuangan kerana kita semua maklum bahawa UMNO/BN bukanlah kuat mana malah mereka memang terlalu lemah sepertimana faktor-faktor yang diberikan di atas. Sesungguhnya kemenangan adalah hak mutlak Allah swt. Allah boleh anugerahkannya kepada kita jika kita telah memenuhi syarat-syarat untuk mendapat kemenangan. Jadi, kekalahan di Bagan Pinang, kita terima dengan fikiran positif dan berlapang dada dengan beriltizam untuk memenuhi segala syarat-syarat kemenangan ditentukan oleh Allah swt.

Kekalahan di Bagan Pinang adalah medan untuk kita muhasabah dan bertindak segera demi untuk mempertahankan kemenangan di empat negeri dan menawan negeri-negeri lain di negara kita untuk kita memerintah Malaysia yang kita cintai serta mengembalikan hak rakyat Malaysia yang telah lebih 50 tahun dirompak oleh UMNO BN. Jika kita mengambil tindakan segera, untuk menguatkan parti, tidak mustahil, PR akan menumpaskan UMNO BN pada PRU 13 nanti kerana UMNO BN tidaklah kuat mana dan sebenarnya mereka terlalu lemah.

ustazahmariam

mujahidah_61@yahoo.com

SIS TIADA AUTORITI BERCAKAP TENTANG ISLAM

Akhir-akhir ini SIS begitu lantang dengan kenyataan mereka yang menentang dan membantah hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika.Dalam masa yang sama juga mengkritik kaedah pelaksanaan hukuman tersebut dengan hujah akal semata-mata dan langsung tidak ada factor ilmiah. , jauh sekali merujuk kepada Al Quran dan Hadith mahupun ijmak ulamak. Sebagai salah satu sayap dalam Parti Islam se Malaysia (PAS), yang juga berperanan untuk memperjuangkan hak-hak dan keadailan untuk wanita di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya, Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor menyelar dan membantah sekeras-kerasnya pandangan dan kritikan SIS di atas factor dan hujah berikut:-

1. SIS tidak ada autoriti dan kelayakan untuk mengkritik apatah lagi bercakap tentang hukum Islam kerana mereka bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama, kerana hukum Islam atau syariah Islam, bukanlah ciptaan manusia tetapi ianya adalah arahan dan perintah Allah swt di dalam Al Quran dan setiap pandangan tentang Islam khususnya berkenaan dengan hukum dan undang-undang Islam mestilah dirujuk kepada mereka yang arif tentang Alquran, hadith dan ilmu fiqh .

2. SIS wajib belajar semula dan mesti tahu bahawa soal hukuman dalam Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita sepertimana Allah menjanjikan balasan syurga dan ganjaran pahala kepada lelaki dan perempuan yang melakukan kebajikan dan amal soleh begitu sebaliknya jika mereka yang melakukan dosa dan maksiat dibalas dengan catatan dosa dan balasan azab. Cuma kaedah dan pelaksanaan hukuman berbeza antara lelaki dan wanita. Tidak timbul soal zalim dan penganiayaan kepada pesalah, kerana Allah swt telah mengingatkan kita semua melalui Al Quran mengenai laranganNya, terutama tentang larangan meminum arak yang sangat-sangat dipandang keji oleh Islam dan balasan serta hukuman jika melanggarnya.

3. SIS mesti fahami bahawa Allah swt menciptakan manusia, sudah tentu Allah Maha Pencipta tahu tentang system manusia. Sistem akal, sistem nafsu dan seluruh system saraf manusia semua adalah dalam pengetahuan Allah swt. Sudah tentu Maha Pencipta mengetahui penyakit dan masalah hambaNya dan tahu penawar dan cara untuk merawat dan menyelesaikan masalah manusia. Di antara perkara yang boleh mengobat dan merawat penyakit manusia juga menyelesaikan masalah manusia ialah melalui hukuman dan undang-undang Islam.

4. SIS mesti fahami bahawa tujuan hukuman ialah sebagai balasan dunia kepada mereka yang melanggar larangan Allah swt dan juga sebagai pendidikan terhadap pesalah dan masyarakat sekeliling. Dengan ini tidak timbul persoalan hukuman yang terlalu keras yang akan meninggalkan trauma psikologi terhadap pesalah kerana pelaksanaan sebatan cara Islam tidak sama dengan pelaksanaan cara sivil.

Berkaitan dengan isu hukuman yang dikenakan ke atas Kartika, Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor berpendiriaan bahawa:-

1. Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor menghargai dan memuji sikap keterbukaan Kartika yang telah memberi pengakuan secara telus yangmana beliau telah menyesal akan tindakan dan perbuatan beliau dan menerima hukuman dan hakikat tuntutan perundangan Islam.

2. Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor memandang isu ini mempunyai dua kesan:-

a. Membuka mata masyarakat untuk membincangkan tentang hukum Islam secara menyeluruh sebagai perbincangan umum.

b. Isu ini telah mencabar sejauh mana keseriusan kerajaan Malaysia yang dipimpin olhe BN untuk melaksanakan hukum dan undang-undangIslam

Dewan Muslimat berpandangan bahawa seluruh pihak perlu memandang isu ini secara serius dengan membuat penelitian semula terhadap system perundangan di Malaysia serta mengkaji model undang-undang yang sesuai dengan masyarakat Malaysia, berlandaskan dengan Al Quran dan Sunnah bagi memastikan masyarakat seluruhnya kembali kepada kehidupan beragama


ustazahmariam

mujahidah_61@yahoo.com

Monday, September 28, 2009

KONVOI RAMADHAN BERSAMA RAKYAT ANJURAN PAS SELANGOR






PADA RAMADHAN TAHUN INI PAS SELANGOR MENGANJURKAN KONVOI RAMADHAN BERSAMA RAKYAT DI MANA SELURUH KEPIMPINAN PAS SELANGOR TERMASUK DATO' PESURUHJAYA SENDIRI TURUN HAMPIR SELURUH SELANGOR. ANTARA OBJEKTIF IALAH MERAKYATKAT PAS DI SELANGOR, SUPAYA RAKYAT MELIHAT PAS BOLEH BERSAMA-SAMA RAKYAT SERTA BERKONGSI PENDERITAAN DAN KESUSAHAN RAKYAT, DI SAMPING ITU PELUANG DIAMBIL UNTUK MENYAMPAIKAN SEDIKIT SUMBANGAN DARI PAS SELANGOR KEPADA KUMPULAN YANG BERHAK MENERIMANYA.

PROGRAM YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN MENDAPAT SAMBUTAN BAIK OLEH SELURUH PIMPINAN KAWASAN DAN KEMERIAHAN BEGITU TERASA BILAMANA KONVOI DISAMBUT DAN DIIRINGI PULA DENGAN KUMPULAN MOTOSIKAL UNIT AMAL DI SETIAP STESEN DESTINASI. APA YANG DAPAT DILIHAT PADA PROGRAM INI IALAH, KERJASAMA YANG JITU DAN MANTAP DARI SEMUA PIHAK TERMASUK DEWAN PEMUDA, DEWAN MUSLIMAT, DEWAN ULAMA DAN UNIT AMAL DAN NISA' TERMASUK KELAB PENYOKONG PAS DAN MASYARAKAT SELURUHNYA...

INSYAALLAH PAS SELANGOR BERSAMA PR AKAN MENGORAK LANGKAH LAGI UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN RAKYAT SELANGOR SUPAYA PR TERUS MENDAPAT TEMPAT DI HATI RAKYAT SELANGOR DAN TERUS MEMERINTAH SELANGOR PADA PRU AKAN DATANG...INSYAALLAH

LAGI GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN

MALAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERSAMA MAT REMPIT DAN MINAH REMPIT/PERTAMA KALI DALAM HIDUP SAYA..SEBENARNYA BUKAN TURUN SERONOK-SERONOK TAPI TUJUAN BERDAKWAH..SAMBUTAN KEMERDEKAAN ANJURAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM, PENUH SOPAN, DIISI DENGAN UNSUR PENDIDIKAN DAN TARBIYAH/FORUM KEMERDEKAAN...ANAK-ANAK MUDA SERONOK BILA KITA BERSAMA MEREKA, NAMPAK MEREKA TERASA DIHARGAI..USAHA INI MESTI DITERUSKAN..BEZA UMNO BN SAMBUT MERDEKA, DISEDIAKAN HIBURAN TAPI TIDAK ADA KAWALAN DAN UNSUR PENDIDIKAN..INILAH YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH PR DAN AKAN BERTERUSAN..







PRK PERMATANG PASIR

GAMBAR MUJAHIDAH DI PRK PERMATANG PASIR DAN AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN




GAMBAR PRK PERMATANG PASIR

Thursday, September 17, 2009

Salam eidulfitri kepada sahabat-sahabat dan kepada semua umat Islam, moga ramadhan yang telah kita lalui sebagai penjana ketaqwaan dan meningkatkan keimanan serta iltizam kita kepada perjuangan menegakkan agama Allah swt. Menambah rasa cinta kita kepada mendekati dan menghayati Alquran serta menambah rasa kasih kita kepada Allah dan Rasulullah saw serta menghayati dan mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan.

Bagi saya ramadhan tahun ini berbeza dengan ramadhan yang saya lalui tahun lalu, seperti tahun yang lepas-lepas, malam satu ramadhan dimulakan dengan menunaikan solat tarawih di masjid. Berlumba-lumba dan berpusu-pusu serta begitu semangat saya dan sahabat-sahabat ke masjid untuk bersama-sama dengan umat Islam yang lain bagi menghidupkan hari-hari dan malam-malam,bulan ramadhan.

Pada tahun ini, saya dan rakan-rakan di pilihanraya kecil Permatang Pasir. Kadang-kadang ada juga kedengaran sahabat-sahabat berbisik, alangkah baiknya kita dapat bersama-sama dengan masyarakat yang ramai ke masjid. Saya segera mencelah dan memberi semangat bahawa bukan mudah untuk mendapat peluang berjihad pada bulan ramadhan, di mana, Allah menjanjikan pahala berganda-ganda. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk meninggalkan rumah, anak-anak, suami, kalau tidak ada jiwa yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari amilat yang telah faham hakikat perjuangan dan mempunyai jiwa yang besar untuk melihat kemenangan Islam.

10 hari muslimat selangor berkampung di Permatang Pasir. Siang meredah kampung, mengetuk setiap pintu rumah dan ada ketika berhujan. Dalam keadaan basah kuyup, mengharung lecah, muslimat tetap bersemangat, tidak mengira keletihan berpuasa dan tekak yang kering. Juadah berbuka dan sahur dimasak bersama secara bergotong royong, bilik air yang sedikit dikongsi beramai. Semua ini pastinya menuntut mujahadah yang tinggi dan dalam masa yang sama di situlah tarbiyyan tobi'i dari Allah. Dalam masa yang sama begitu terasa kasihsayang dan ukhuwah, walaupun dari berlainan kawasan.

Jerih payah, peluh keringat meredah kampung serta airmata munajat di malam hari telah dilihat dan didengar oleh Rabbul Jalil. Pas di kurniakan kemenangan besar dalam Pilihanraya Kecil tersebut. Alhamdulillah berkat keikhlasan petugas-petugas yang bekerja siang malam tanpa mengharap pada upah dan pujian. Mudah-mudahan semangat ini sentiasa istiqamah kepada muslimat selangor.

Kami pulang dengan gembira, kerana menerima hadiah kemenangan dari Allah swt. Pada bulan Syawal ini, Pilihanaraya Kecil Bagan Pinang menanti. Muda-mudahan Pas dikurniakan lagi kemenangan oleh Allah swt. Insyaallah muslimat Selangor akan membantu semaksima mungkin bagi merampas kerusi BN di BP...

Segala-galanya tidak mustahil sekiranya Allah kehendaki kemenangan kepada Pas. Sebab, kemenangan bukan hak mutlak kita, bukan hak PR mahupun BN..tetapi kemenangan adalah hak Allah swt. Moga Allah beri kekuatan dan bantuan kepada jundullah dan meranapkan dan menghancurkan UMNO BN.

UMMUAHMAD

Saturday, September 5, 2009

HUKUMAN KE ATAS KARTIKA SARI: HUKUM ALLAH WAJIB DIPATUHI

Sebagai seorang MUSLIMAH saya perlu memberi pandangan tentang isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat mutaakhir ini di mana seorang wanita muslim yang bernama Kartika Sari yang telah dijatuhkan hukuman sebat oleh mahkamah syariah Kuantan kerana didapati bersalah kerana meminum arak di khalayak ramai. Pelbagai pihak yang telah memberi pandangan, yang alim termasuk yang jahil.

Biasalah bila ada sesuatu isu yang melibatkan isu hukum dan agama maka para wartawan sekular mulalah menyibuk menemuramah semua golongan dan peringkat masyarakat untuk meminta pandangan. Dari pelajar, masyarakat biasa, pemimpin, tidak ketinggalan kadang-kadang artis juga terlibat memberi pandangan.

Pada pandangan saya, perkara yang melibatkan hukum agama, tidak wajar dirujuk kepada mereka yang tidak arif tentang agama/hukum, sebaliknya hendaklah dirujuk kepada ulama dan mereka yang ahli dalam bab hukum Islam. Ada juga mereka yang berlatarbelakangkan agama tidak memberi pandangan yang selaras dengan hukum sebalikanya bersifat menjaga kepentingan peribadi dan pemimpin politik UMNO. Mereka ialah, sebahagian besar dari mufti, dan mereka yang bergelar orang agama dalam UMNO, kebanyakan menembunyikan kebenaran hukum demi kepentingan kedudukan dan peribadi.

Persoalan tangkapan meminum arak di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru dan asing atau tidak biasa. Pernah suatu ketika dulu, sekumpulan pegawai-pegawai JAIS telah menangkap sekumpulan remaja muslim di slah sebuah pusat hiburan yang sedang meminum arak, tetapi tidak ada apa-apa tindakan dan hukuman yang diambil ke atas mereka. Sebaliknya perbuatan pegawai JAIS yang menjalankan tugas telah menjadi bualan umum seolah-olah yang menangkap bersalah yang meminum arak tidak bersalah.

Di sisi Islam, arak dipandang sangat keji dan najis. Firman Allah swt:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.

Dalam menentukan dan memutuskan hukuman, Islam tidak mengira samada lelaki dan wanita. Samada tua ataupun muda. Kecuali kanak-kanak yang belum baligh.

Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had. Ini adalah berdalilkan hadis Rasululah saw:-

Allah tidak menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya. - Riwayat Bukhari dalam al-Sahih.

Sepertimana Allah swt memberikan taklif (tanggungjawab) fardhu/beribadah. Allah swt tidak mengira samada lelaki dan wanita, begitu juga dengan meletakkan dosa dan memberikan ganjaran pahala, Allah tidak membezakan samada lelaki dan wanita.

Firman Allah swt:-

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang perempuan yang Islam, dan orang lelaki yang beriman dan orang pperempuan yang beriman, dan orang lelaki yang taat dan orang perempuan yang taat, dan orang lelaki yang benar dan orang perempuan yang benar , dan orang lelaki yang sabar dan orang perempuan yang sabar,dan orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) dan orang perempuan yang merendah diri, (klepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, dan oorang lelaki yang berpuasa dan orang perempuan yang berpuasa,dan orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan oran perempuan yang memlihara kehormatannya,dan oran lelaki yang menyebut nama allah sebanyak-banyaknya dan orang perempuan yang menyebut Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan keampunan dan pahala yang besar. Al Agzab 35

Begitu juga dalam tanggungjawab dakwah dan amar makruf nahi mungkar, Allah swt menyamakan tanggungjawab tersebut antara lelaki dan wanita, firman Allah:-

Dan orang-orang beriman lelaki dan oran-orang beriman perempuan, setengahnya menjadi penolong kepada sebahagian lain, mereka menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari pada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul. Seseungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Allah menjanjikan oran-orang beriman lelaki dan perempuan (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir air di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat yang baik di dalam syurga Adn serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaanya (balasannya)yang demikian itulah kejayaan yang besar.

Attaubah 71 dan 72

Allah swt tidak membezakan apa saja pemberian atau nikmat, hukum dan tanggungjawab kepada hambanya, samada lelaki mahupun perempuan.

Dalam isu Kartika Sari, memang wajar beliau dihukum selaras dengan kesalahan yang dilakukan kerana semua umat Islam memang maklum dan memahami bahawa arak adalah haram dan dilarang. Kartika seolah-olah mencabar pihak mahkamah syariah supaya hukum ke atas beliau disegerakan. Kita tidak pasti sejauh mana keikhlasan beliau dengan menyatakan telah bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan. Sedangkan dalam masa yang sama dia masih dalam identiti asal, tidak mencerminkan akhlak dan syakhsiah Islam di mana beliau masih mendedahkan aurat tanpa segan silu.

Dalam menjatuhkan hukuman, dalam Islam, tidak timbul soal zalim dan tidak sesuai kepada seorang wanita. Ini menunjukkan keadilan Islam, sebab Islam telah memberi petunjuk melalui Al Quran dan Hadis Nabi saw kepada lelaki dan wanita Islam dan jelas perkara yang disuruh dan dilarang. Mereka yang melanggar hukumlah yang zalim, iaitu zalim kepada dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah swt Maha Adol dan tidak pernah zalim kepada hambaNya

Sesuatu hukuman yang telah dijatuhkan, contoh peminum arak dengan hukuman sebat, bukan sahaja memberi pengajaran dan kesan kepada sipesalah, tetapi pengajaran dan pendidikan kepada yang berniat dan bakal yang melakukan kesalahan.

Hukuman sebat dalam syariat Islam jauh berbeza dengan hukuman sebat dalam undang-undang sivil. Di sana ada kaedah yang telah ditentukan dan diperbincangkan oleh ulama dalam kitab fiqh dan langsung tidak ada unsur zalim dan penderaan. Rujuk kitab-kitab Fiqh bab jinayat.

Jika dilihat hukum ke atas Kartika, masih belum selaras dengan apa yang sebenar yang telah laksanakan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.Tetapi sekurang-kurangnya ada juga hakim mahkamah syariah yang berani memutuskan hukuman kepada pesalah yang meminum arak, setidak-tidaknya ia membuka mata kepada mahkamah syariah lain untuk turut nengikut jejak langkah mahkamah syariah Kuantan.

Apa yang penting ialah ketaatan kita kepada perintah Allah ke atas sesuatu ketentuan hukum, firman Allah swt:-

Dan tidaklah harus bagi oran-orang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang jelas dan nyata.

Kesimpulannya, masyarakat umum khususnya media tidak perlu membesar-besarkan hukuman sebat yang dijatuhkan ke atas Kartika. Apa yang penting kesediaan Kartika untuk dihukum, mudah-mudahan ianya akan memberi impak besar kepada masyarakat khususnya para remaja supaya tidak sewenang-wenangnya membeli dan meminum arak, samada secara sembunyi atau terbuka. Hukuman sebat dalam syariat Islam jauh lebih ringan dari hukuman pada undang-undang sivil.

Tahniah kepada Kartika! Harapan besar kami muslimat PAS Kartika bukan sahaja melafazkan kalimah taubatnya dilidah tetapi lahir dari hatinya dan begitu juga Kartika akan terus berubah menjadi muslimah mukminah sejati dengan berubahnya identiti dan seluruh peribadi termasuk berpakaian cara dikehendaki oleh Islam iaitu dengan menutup aurat serta berterusan dengan amalan tersebut. Muslimat Pas bersedia mendekati dan bersahabat dengan Kartika, dengan rasa kasihsayang dan tanggungjawab untuk membawa Kartika kembali kepada fitrah seorang muslimah yang menghayati ajaran Islam sebenar.

Nukilan...

Ummuahmad

mujahidah_61@yahoo.com

Monday, July 27, 2009

TIPS SUPAYA RAMAI ORANG SUKA PADA KITA





*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas (kecuali muslimat, tengok tempat dan keadaan).

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda

*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.


Nak kongsi dgn semua...

>>>

copyright dari laman tranungkite ruangan borak siber untuk renungan diri. Mohon izin dari penulis, sangat baik untuk yang memimpin.

Sebenarnya inilah akhlak Rasulullah saw semasa bersama dengan sahabat-sahabat RA dan umat zamannya.

Thursday, July 23, 2009

MINGGU ORIENTASI IPTA JADI MEDAN KEMPEN UMNO BN

Hampir dua bulan telah selesai pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar ke IPT samada IPTA mahupun IPTS. Untuk tahun ini dua orang anak saya telah mendaftar dan memasuki IPT. Seorang ke IPTS di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk program diploma dan seorang lagi ke IPTA untuk program ijazah setelah menamatkan Program Pengajian Asasi di Akademi Pengajian Islam Nilampuri.

Sebagai seorang ibu sudah tentu saya merasa bangga dan bersyukur kerana kedua-dua anak perempuan saya mengambil pengajian Islam. Sehabis mendaftar salah seorang anak saya ke pengajian Diploma di KUIS, saya merasa lega dan berpuashati dengan pemilihan pengajian oleh anak saya lebih-lebih lagi IPT tersebut di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan lebih lega lagi anak saya telah memilih pengajian agama. Sebagai seorang ibu juga sudah tentu merasa kedudukan anak saya selamat kerana pilihan yang dibuat oleh anak saya tepat dan sudah tentu pergaulan dan rakan-rakan sepengajian mempunyai syakhsiah dan peribadi muslim. Saya juga mendapat maklumat dari anak saya bahawa minggu orientasi padat dengan program pembinaan insan dan tarbiyah ruhiyah.

Berbeza apa yang berlaku kepada anak saya yang seorang lagi yang masuk ke IPTA dan mengambil pengajian agama juga, pengalaman beliau dalam Minggu Orientasi sangat-sangat mengecewakan beliau kerana cara penganjur meng 'entertain' mahasiswa tak ubah seperti mereka yang mempunyai minda 'low class'.

Apa yang berlaku kepada Minggu Orientasi kepada mahasiswa tahun pertama IPTA tersebut antaranya ialah menjadi medan penyalur maklumat kepada UMNO/BN dengan perkataan lain, suatu program untuk meng 'brain wash' kan mahasiswa dengan matlamat mahasiswa yang fresh ini akan di bonekakan, diikat tangan dan kaki, malah dibelenggu atau dipenjara minda cerdik mereka. Pelajar juga diugut, sekiranya didapati terlibat dengan apa-apa kegiatan kepartian dan demonstrasi, maka biasiswa akan ditarik malah ancaman kepada buang universiti.

Bukan setakat itu, mahasiswa dicampurkan antara mahwsiswa jurusan agama dengan jurusan lain juga tidak membataskan antara pelajar lelaki dan wanita. Yang paling menyedihkan, pelajar disuruh menyanyi, berkaraoke, menari, terlompat-lompat termasuklah pelajar pengajian Islam yang bertudung labuh dipaksa berbuat demikian. Jika mereka enggan, mereka akan diejek dan ditohmah antaranya mengatakan pelajar ini ketinggalan arus dan zaman.

Ada juga sekumpulan pelajar yang berani malah mereka melawan si 'fasi'k yang ingin merosakkan dan mempengaruhi serta melalaikan pelajar agama yang telah mantap dengan tarbiah semasa di kampus lama.

Sepanjang tempoh minggu orientasi berjalan, saya sentiasa memohon doa kepada Allah swt supaya melindungi anak saya dan rakan-rakan dari terjerumus kepada kelalaian dan mudah terpengaruh. Maklumlah, dalam tempoh seminggu program begitu penuh dan pelajar telah diasak minda, roh dan jasad mereka.

Alhamdulillah, anak saya dan rakan-rakan berjaya melepasi ujian sepanjang tempoh tersebut dan ternyata mereka tidak mudah dipengaruhi kerana kerana mereka telah ditarbiyah dan mempunyai jatidiri dan aqidah yang mantap.

Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak ada asas agama? Sudah tentu sedikit sebanyak minda cerdik fresh pelajar ini diracuni, dirosakkan oleh perancang-perancang UBN dan berkemungkinan terpengaruh, sekurang-kurangnya budaya takut telah meresap ke minda mereka oleh kerana diugut.

Tidak lama selepas itu, saya telah dihubungi oleh seorang sahabat yangmana anak beliau juga telah memasuki IPTA lain di Shah Alam, menanyakan bagaimana untuk mengeluarkan anak beliau dari IPT tersebut untuk ditukarkan ke IPTA lain atau IPTS yang sesuai dengan kehendak dan harapan beliau. Saya bertanyakan kenapa ingin keluarkan anak beliau? Rupa-rupanya, anak sahabat saya ini telah melalui pengalaman yang sama dengan dengan anak saya, malah lebih teruk lagi pelajar dihidangkan dengan konsert kecil dengan menjemput artis-artis tempatan sebelum bermulanya setiap program dan ianya berjalan setiap hari. Yang malang lagi, penceramah jemputan hanya berkempen untuk UBN dan memburuk-burukkan PR. Menurut sahabat saya yang beliau juga seorang muslimat Pas, anak beliau semacam mahu lari keluar daripada IPT tersebut dan kebanyakan rakan-rakan beliau juga merungut kerana seluruh program diisi dengan program lagha dan ceramah politik UBN. Sebenarnya pelajar ini menanti-nanti dan mengharapkan sesuatu yang akan merangsang minda dan memotivasikan mereka untuk melonjakan kecemerlangan dalam pengajian mereka. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Saya yakin, di IPTA lain juga berlaku perkara yang sama, di mana UBN cuba mengongkong minda pelajar peringkat awal dengan program terancang agenda UBN yang diarah dilaksanakan secara paksa di IPTA-IPTA.

Mengambil contoh kedua, rupa-rupanya pelajar yang mengambil jurusan akademik dan profesional juga tidak senang dan kecewa dengan sikap penganjur yang menjadi alat kepada UBN.

Kesimpulannya, anak-anak muda kita yang cerdik hari ini, tidak mudah ditipu dan diperalatkan oleh UBN kerana mereka sekarang boleh menilai, kerana mereka begitu terdedah kepada maklumat kini, lebih-lebih lagi boleh dikatakan 100% dari mereka access maklumat dari internet. Mengambil contoh kepada Himpunan 100 ribu rakyat, 80% terdiri dari anak-anak muda dan kebanyakan daripada mereka terdiri dari pelajar IPT.

Demi untuk mengekalkan kuasa, UBN sanggup menggunakan berbagai cara dan strategi, serta mengambil berbagai peluang dari setiap ruang untuk menipu serta mempengaruhi rakyat di semua peringkat tetapi ternyata semua perancangan mereka gagal. Rakyat berbagai bangsa dan peringkat hari ini bukan macam dulu mudah ditipu, rakyat Malaysia hari ini boleh menilai pemerintah UBN yang begitu zalim,korup, menyeleweng dan salahguna harta dan wang rakyat dan banyak lagi, kalau disenaraikan yang buruk dan negatif begitu lengkap kepada UBN. Media yang jadi alat propaganda UBN ternyata membuatkan rakyat muak dan marah sehingga PRU 12 baru-baru ini sebahagian besar rakyat berubah angin kepada PR.

Insyaallah kita akan lihat kegagalan demi kegagalan perancangan dan strategi UBN sehinggalah menuju kepada ajal mereka di PRU 13 nanti.

Ummu Ahmad

Sunday, May 3, 2009

KEPIMPINAN ULAMA MEMBEZAKAN PAS DAN UMNO



Hampir dua bulan saya tidak berkesempatan mengadap blog saya, dan hampir sebulan tidak membuka dan membaca blog-blog guru-guru dan sahabat-sahabat. Apabila timbul tahun muktamar pemilihan, maka kedengaran riuh rendah dengan isu ulama dan profesional. Jadi merasa terpanggil untuk buka internet walaupun sudah jauh malam setelah pulang dari mesyuarat tadi kerana sudah tentu isu panas ini hangat diperbincangkan di alam cyber ini. Setelah membaca beberapa posting dari Adinda Guru saya Ust Nasruddin Tantawi, terpandnang artikel dan pandangan Guru saya seorang lagi Al Fadhil Ust Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan dengan jawatan dan ancaman kepada yang memikul amanah jawatan. Tulisan ust tuan menyeru kepada yang sudah memegang jawatan ataupun sedang merebut dan berkira-kira untuk memegang jawatan untuk bermuhasabah apakah selama memegang jawatan telah menunaikan amanah atau belum. Kata-kata yang begitu menusuk ke dalam jiwa saya, rasa takut dan tak dapat melelapkan mata.

Akhirnya teringat pula kepada blog seorang lagi Adinda Guru saya, yang memang banyak memberi manfaat untuk diri saya daripada tulisan dari aliran ilmu dan pengalaman beliau iaitu ust Yusaine Yahya.Tiba-tiba berbunyi nada sms talipon bimbit saya. Rupanya daripada beliau. 'Ust tak tidur lagi ke? Akak baru nak buka blog ust.' Bisik hati saya macam ada aura pulak.
Saya meneruskan membuka blog beliau, satu persatu saya baca sehinggalah saya terbaca posting 'Kalis Tarbiah'. Rasa begitu tertarik dengan posting ini lalu saya minta izin kepada beliau untuk menyalin artikel tersebut ke blog saya.

Dari pembacaan saya apa yang saya fahami dan dapat simpulkan bahawa semua peringkat dalam PAS tidak boleh lari dari ditarbiah, ditegur, dimuhasabah. Tiada siapa yang kebal dalam PAS dan tidak ada istilah ampu sana dan ampu sini dalam PAS. Walaubagaimanapun bagi saya, saya tetap setia dan bersedia bernaung di bawah 'Kepimpinan Ulama' sampai akhir hayat. Manusia yang banyak kelemahan dan kerdil macam saya ni, kalau tak bernaung di bawah ulama nak bernaung bawah siapa? Sesungguhnya 'KEPIMPINAN ULAMA' lah yang membezaka PAS dengan UMNO.

Luahan tulus ikhlas,

Ustzh Maryam Abdul Rashid




Di bawah adalah artikel ust yusainee.

Salam Islah,


Sebenarnya posting saya sebelum ini belum sampai ke penghujungnya. Masih banyak perkara yang saya pelajari dari usrah bersama YB Us Hashim Selasa lalu. Banyak dan banyak sangat. Betullah apa yang selalu dipesankan oleh para murabbi kita bahawa jangan sekali-kali tinggalkan usrah walau kita sudah menjadi murabbi sekalipun!. Makin tinggi amanah yang jamaah berikan pada kita, maka sekin perlu kita dekatkan diri dengan program tarbiyyah. Usrah adalah ibarat ruh dalam perjuangan.


Ada pimpinan yang sudah lama meninggalkan usrah dan program tarbiyyah. Bahayanya ialah kita akan jadi perasan dan taajjub dengan diri sendiri. Akhir sekali, kita akan benarkan dan perjuangkan betapa ‘tidak salahnya’ sikap cuaikan usrah. Saya masih teringat soalan yang dilontarkan oleh seorang pembentang dalam Seminar Perkaderan Kepimpinan PAS Perlis yang diadakan; “ Kalau kita tak ikut usrah PAS, usrah siapa yang kita ikut?. Kalau kita tak ikut tarbiyah PAS, tarbiyah siapa yang kita ikut?.” Dalam hati saya jawab, “Akhirnya jadi munafiq dalam PAS”. Mesti ada yang marah dengan ayat saya ni kan.


Saya juga tertarik dengan istilah ahli dan pimpinan PAS yang naik melalui cara ‘touch n go’. Ini istilah masyhur Ustaz Idris Ahmad. Tambahan pulak dalam masa sekarang ini, popularity menjadi ukuran untuk seseorang diangkat menjadi kepimpinan dalam PAS walaupun dia hanya baru setahun jagung dalam perjuangan dan yang paling penting masih belum diuji sama seperti saya yang juga masih belum kena ujian berat-berat dalam perjuangan. Nanti ada pula orang kata, kalau tidak kena ujian maka tak boleh jadi pimpinanlah ya. Jawabnya, kesabaran dan ketabahan serta terus beristiqamah walau diuji dengan berat sekalipun adalah syarat utama untuk menjadi golongan saf hadapan dalam perjuangan. Sebab tu saya tak percaya Tuan Guru Haji Hadi akan khianati PAS!. Dan saya jua pelik dengan mulut lidah kotor yang kembali menjaja TGHH nak khianati PAS bila tiba musim pemilihan dalam PAS sekarang ini.


Satu lagi istilah yang saya belajar ialah ‘kalis tarbiyah’. Golongan ini rasa diri mereka tidak perlu lagi ikut program tarbiyah. Program politik, tepat jam 9.00 pagi dah sampai. Program tarbiyah, lagi setengah jam nak tamat baru sampai. Mungkin ada kerja lain yang lebih mustahak dan penting dari sudut aulawiyatnya. Namun kalau setiap kali program tarbiyah jadi macam tu, selalu lewat dan datang sekadar nak tunjuk muka, maka apa maksudnya lagi kalau bukan kerana merasakan tarbiyah tidak mustahak. Termasuklah dalam golongan ini mereka yang mendakwa diri mereka ulama’ dan ustaz. Hakikatnya, kadang-kadang golongan professional dan berlatar belakangkan secular lebih komited dengan usrah. Dunia dah terbalik.


Maka kita harus menyorot kembali apa yang Ayahanda Tuan Guru Nik Aziz pernah katakan dalam muktamar bahawa golongan ulama’ harus memacu perjuangan sesuai dengan status mereka dan professionallah gandingan terbaik untuk membantu dan menolong para ulama’. Namun ulama’ yang kita mahukan adalah ulama’ yang larut dalam masyarakat, faqih dengan keperluan semasa umat, tidak menganggap status ulama’ menjadikan mereka tidak boleh ditegur dan menutup pintu nasihat dan mampu menjadi cahaya dan pedoman ummah dengan taqwa dan ‘khasyyah’ yang ada di dalam jiwa para ulama’. Dan yang pastinya, kepimpinan ulama’ masih relevan dan ulama’ yang sedang memimpin juga mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan tadi.


Posted by YUSSAINE YAHYA at 4:28 PM 0 comments

Monday, March 9, 2009

CIRI-CIRI DAN AHKHLAK YANG MESTI ADA KEPADA KEPIMPINAN GERAKAN ISLAM

Menyedari hakikat bahawa memimpin umat Muhammad saw di dunia ini adalah satu tanggungjawab yang amat besar serta menggerunkan, umat Islam dianjurkan dan wajib memilih kepimpinan yang mampu menjalankan tugas pentadbdiran harian yang baik dan cemerlang. Maka ulama telah memberikan garis panduan dan memilih kepimpinan dengan ciri-ciri dan sifat tertentu kerana pemimpin Harakah Islamiyyah adalah menjadi contoh dan perhatian kepada masyarakat serta menjadi qudwah dan uswah hasanah kepada anggota harakah dan masyarakat. Contoh, kepimpinan Rasulullah saw.

Di bawah adalah beberapa sifat, ciri-ciri dan akhlak yang sepatutnya ada kepada pemimpin harakah Islamiyyah di semua peringkat:-

1. Ikhlas kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keredhhan Allah dalam setiap gerakerja kerana tanpa ikhlas maka seseorang itu tidak akan dapat apa-apa ganjaran daripada Allah swt dan hendaklah bersih daripada sifat ujub, ingin masyhur, inginkan pangkat dan kedudukan dan sanjungan.

2. Mempunyai daya berfikir yang cergas, bijaksana, berpengalaman dan pengetahuan yang luas tentang gerakan, cepat memahami dan menyelesaikan masalah, tidak pelupa tidak buntu fikiran di waktu marah dan gawat.

3. Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4. Lemah lembut, Rasulullah sentiasa memuji sifat tersebut bersabda:
' Sesungguhnya Allah itu lembut, sukakan kepada lemah lembut dan memberi melalui lemah lembut dan Dia tidak memberi melaui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya.'

5. Berani dan bermaruah, tidak penakut dan gopoh gapah, tidak pengecut. Sebaik-baik keberanian ialah orang yang berani menyatakan yang hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan dan insaf kepada diri sendiri.

6. Bercakap benar dalam semua keadaan.Supaya sifat ini terjaga, seorang pemimpin hendaklah cermat menerima dan menyampaikan berita yang diterima.

7. Bersifat tawadhuk dan merendah diri terhadap orang mukmin. Firman Allah swt, ' dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepad orang-orang beriman. (As Syura 125)

8. Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah. Firman Allah swt, ' dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memaafkan kesalah-kesalahan manusia, dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf.'
(ali imran 134)

9. Menunaikan janji/menepati janji (masa)

10. Sabar. Perjalanan Harakah Islamiyyah yang jauh menuntut kesabaran yang terlalu tinggi kerana terpaksa berhadapan dengan berbagai ujian dan cabaran, mehnah dan tribulasi. Orang yang tidak sabar seharusnya tidak menerima apa-apa jawatan dalam harakah Islamiyah.

11. Bersih diri dari kepentingan peribadi dan murah hati.

12. Wara' dan zuhud.

13. Menjaga batas-batas agama.

14. Bersikap adil dan sentiasa menginsafi diri.

15. Menjaga perpaduan jamaah.

16. Tegas dan tawakkal kepada Allah.

17. Bersederhana dalam semua urusan.

18. Tetap di atas landasan kebenaran.

19. Menjauhi diri dari berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.

20. Sentiasa waspada.

Ada lagi sifat-sifat tambahan tetapi di atas adalah sifat utama yang perlu ada pada kepimpinan gerakan, sifat-sifat tambahan seperti ihsan kepada faqir, memuliakan anak yatim dan fakir miskin, bermanis muka dengan semua orang, menjauhkan diri dari bercakap kasar, memaki hamun, tidak suka berseloroh, menonjolkan diri, menengking, menjauhkan diri daripada bid'ah dan syubhah, menjaga segala perbuatan sunnah dalam setiap gerakgeri, taqarrub ilallah dengan amalan fardhi seperti zikrullah, baca quran, qiamullail selain dari selalu muhasabah diri.

Selain daripada itu pemimpin gerakan mestilah bersedia untuk ditarbiyah atau melalui proses tarbiyah semua peringkat sentiasa hadirkan diri dalam program tarbiyah semua peringkat seperti usrah, tamrin, liqa ul fikri dan lain-lain.

Garispanduan ini sangat penting kepada kita semua samada kita sebagai pemimpin atau memilih pemimpin gerakan Islam kerana jika ciri-ciri di atas tidak dipenuhi maka akan berlaku kecelaruan dalam gerakan dan kadang-kadang boleh mencetuskan masalah dalaman yang tidak berkesudahan.

Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu dan memudahkan segala urusan kita dalam kita menjalankan kerja-kerja memenangkan Agama Allah swt.

Waallahu a'lam.

Sebahagian dipetik dari Kitab Amal Jama'ie: Pengertian dan Tuntutan oleh Al Fadhil Tuan Guru Ust. Hj Yahya b Othman.

Oleh: Ummu Muaz

mujahidah_61@yahoo.com