Friday, February 12, 2010

UMNO NAJIB JUARA TIPU RAKYAT

Sejak Najib menerajui pemerintahan, Negara tidak putus-putus dilanda kemelut dan masalah yang tidak nampak jalan penyelesaiannya malah kemungkinan tidak mampu diselesaikan oleh BN dan Najib. Nampaknya salah satu parti komponen BN iaitu MCA masih terawang-awang dan hanyut dengan perpecahan dan masalah dalaman yang serious.
Di manakah Najib yang seolah-olah perjuangkan 1 Malaysia tetapi parti kaum Cina dalam BN sendiri nampaknya dipinggirkan.
Dasar 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Najib telah mula menunjukkan wajah dan belang yang sebenar. Tahun 2009 yang kita tinggalkan penuh dengan kemelut dan masalah yang memeningkan rakyat yangmana kemungkinan masalah ini senyap dan ditenggelamkan begitu sahaja oleh Regim BN di bawah Najib. Kedatangan tahun 2010disambut dengan Kerajaan BN telah memberikan hadiah kepada rakyat Malaysia dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen iaitu dari RM 1.45 sen kepada RM 1.65 sen sekilogram. Bagi rakyat yang berpendapatan sederhana mungkin tidak begitu terasa dengan kenaikan ini, tetapi bagi rakyat yang berpendapatan rendah, 20 sen sangat-sangat bernilai bagi mereka. Kesan yang ketara kepada peniaga-peniaga kecil yang membuka warung-warung pagi dengan menjual kuih Melayu tradisional yangmana hasil kajian kebanyakan daripada mereka terlalu miskin, tanggungan ramai dan ada juga di kalangan mereka ialah ibu tunggal.

Tahun baru 2010 juga disambut oleh ibubapa dengan bebanan dan tekanan dimana anak mereka yang belajar di sekolah berasrama penuh telah ditarik balik subsidi makan di asrama oleh Kementerian. Ekoran daripada penarikan tersebut, pelajar terpaksa pulang pada setiap hujung minggu kerana sudah tiada pembiayaan makan di asrama untuk hujung minggu bagi pelajar. Kesannya, ibubapa terpaksa berulang alik setiap hujung minggu untuk menjemput dan menghantar anak-anak mereka yang belajar di asrama penuh. Sudah tentu masalah ini menimbulkan bebanan kepada ibubapa lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di sector swasta di mana waktu bekerja mereka sehingga hari sabtu. Pastinya sedikit sebanyak kesannya juga kepada pelajar di mana tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran kerana suasana belajar dan ulangkaji di rumah berbeza dengan system ulangkaji dan kelas tambahan di asrama yang agak teratur dan terkawal. Ibu bapa yang saban hari penat bekerja juga sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran anak-anak yang pulang dari asrama apatah lagi untuk mengawal aktiviti hujung minggu anak-anak remaja mereka. Ini membuatkan anak-anak yang pulang dari asrama ini sangat-sangat terdedah kepada pergaulan bebas dan gejala yang tidak sihat dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak terkawal. Maka kesan daripada gejala ini juga pelajar akan cuai untuk memberti tumpuan kepada pembelajaran mereka. Apa yang membimbangkan kita semua, hasil dari tindakan tidak bertanggungjawab Kerajaan BN ini ialah, kemungkinan kita tidak lagi dapat mendengar dan melihat ramai pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang 8A ke atas selepas ini. Sudah tentu masa depan anak-anak bangsa kita semakin kelam dan tidak terjamin. Pastinya, apa sahaja masalah dalam hal ini, UMNO BN di bawah kepimpinan Najib lah yang perlu dipersalahkan.

Selain dari itu, ibubapa terpaksa menanggung beban lagi dengan kenaikan yuran dan bayaran-bayaran ko kurikulum. Mahu tidak mahu, bayaran ini terpaksa juga dilunaskan oleh ibubapa demi untuk melihat kelancaran pembelajaran anak-anak mereka. Pastinya mereka yang amat-amat terbeban dan terkesan ialah mereka yang mempunyai anak lebih dari tiga orang yang bersekolah dan ditambah dengan pendapatan rendah yang tidak cukup untuk menanggung kos kehidupan yang meningkat.

Rakyat juga dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian lain yang naik secara tidak terkawal seperti kenaikan harga roti, susu, bawang dan juga barang-barang makanan yang berasaskan gula.

Mereka yang menggunakan kenderaan lama juga tidak ketiggalan merasai kesan kenaikan kos kenderaan yang mereka gunakan iaitu kenaikan mendadak kepada caj insuran dan takaful.

Kemungkinan juga tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan menerima hadiah 1 Malaysia dengan kenaikan harga petrol. Yang pasti selepas ini, semua harga barang keperluan rakyat akan naik kerana kebanyakan pengurusan membawa barang-barang keperluan menggunakan pengangkutan. Kemungkinan besar juga tambang pengangkutan awam juga akan meningkat.

Dalam keadaan rakyat tebeban dan menderita, Najib dan kuncu-kuncunya berwenang-wenang ke luar Negara kononnya untuk mengadakan lawatan dan perundingan dengan Negara luar yang dilawati bagi menarik pelaburan ke Negara kita. Apakah dengan satu rombongan yang terlalu besar iaitu seramai dua ratus orang yang sudah tentu menggunakan wang rakyat yang akan menelan belaja beratus ribu ringgit dan kemungkinan juta dikatakan lawatan kerja? Sedangkan rakyat ditinggalkan dengan seribu satu macam masalah bebanan dan tekanan yang belum pasti dapat diselesaikan oleh Najib jauh sekali untuk merasai dan menyelami penderitaan yang ditanggung oleh rakyat.

Rakyat ditipu lagi dengan penangkapan dua orang pegawai berpangkat rendah Tentera Udara Di Raja Malaysia yang dikatakan terlibat dan bertanggungjawab ke atas kehilangan enjin jet pejuang F-5E yang didakwa dicuri dan dilarikan ke luar Negara. Begitu mudah sebuah engine yang berat bertan-tan dengan mudah-mudah di bawa keluar dari Kem Tentera yangmana sudah tentu mempunyai kawalan begitu ketat di mana-mana laluan keluar masuk. Begitu mudah juga siasatan yang dilakukan dengan menangkap dan menuduh dua orang saspek yang terlibat kemudian kes yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat ini, akhirnya didiamkan begitu sahaja dan akan menjadi seribu tanda tanya kepada rakyat.

Akhirnya isu kalimah Allah dibesar-besarkan dan dijadikan batu loncatan untuk menutup isu-isu yang melibatkan Najib seperti isu pembunuhan Altantuya yang semakin hilang dan mungkin lenyap dari ingatan rakyat. Di tambah pula dengan pembakaran gereja oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, seolah-olah ingin menghangatkan isu sensitif antara agama dan antara kaum. Mujur PR cepat bertindak sehingga rakyat merasa lega dan reda kerana pimpinan PR dapat selesaikan secara hikmah dan bijak sehigga rakyat tidak perlu bimbang dengan ancaman kemungkinan berlaku rusuhan dan ketidakstabilan dalam Negara.

Sampai bila UMNO BN dan Najib akan menipu rakyat? Selepas ini entah apa lagi tindakan UMNO BN dan Najib bagi meneruskan agenda menipu rakyat? Yang pastinya rakyat semakin cerdik dan bijak menilai. Buktinya keputusan PRU 12 yang menyebabkan UMNO BN kalah teruk hasil dari keputusan yang telah dibuatoleh rakyat.

Pakatan Rakyat yang dilihat semakin menongkah arus politik Negara serta semakin kukuh dan mantap sangat-sangat diharapkan oleh rakyat untuk menyelesaikan kemelut dan masalah rakyat yang telah dicipta oleh UMNO BN yang juga saban hari menipu rakyat demi mengekalkan pemerintahan mereka.

Yang paling penting PR semua peringkat mestilah bersikap proakti bagi menerangkan kepada rakyat tentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh UMNO BN ini. Rakyat harus disedarkan segera supaya bangkit menentang Regim UMNO BN dan akhirnya bersama-sama dengan PR. Sudah pasti hasilnya kita semua harapkan rakyat akan membuat keputusan yang bijak dalam PRU 13 nanti bagi menolak UMNO BN sekaligus melenyapkan mereka dari bumi Malaysia ini yang sudah lebih 50 tahun menjadi pengacau dan penipu kepada rakyat Malaysia.

0 comments: