Sunday, May 16, 2010

PENGALAMAN KEMPEN PRK HULU SELANGOR DAN PRK SIBU






GAMBAR-GAMBAR KEMPEN PRK SIBU DAN HULU SELANGOR


Menjadi sejarah politik negara bilamana berlaku banyak pilihanraya dalam tempoh 2 tahun. Petugas masih belum sempat menyusun gerakerja untuk pilihanraya umum, berlaku pula pilihanraya kecil di mana berlakunya kematian wakil rakyat atau peletakan jawatan wakil rakyat di kawasan-kawasan berkenaan.

Saya terlibat secara langsung dengan kempen pilihanraya kecil secara sepenuh masa. Kebetulan saya memimpin jentera yang bertugas berkempen. Banyak pengalaman yang dapat ditimba, samada pengalaman gerakerja dan menyusun strategi mahupun pengalaman menyelami sikap-sikap manusia pelbagai etnik, agama dan kaum. Begitu juga pengalaman berkempen di kawasan bandar dan kawasan kampung dengan pengundi berbagai latar belakang.

Setelah banyak keluar dari selangor menjadi jentera pembantu berkempen untuk pilihanraya kecil di negeri lain akhirnya tibalah masa terpaksa berkempen di negeri sendiri di pilihanraya kecil Hulu Selangor. rupa-rupanya berkempen di negeri sendiri lebih payah dan susah berbanding dengan berkempen di negeri lain.

Pengalaman berkempen di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang rupanya lebih mudah dari menyusun gerakerja dan jentera di negeri dan tempat sendiri. Mana tidaknya. kalau PRK negeri lain, muslimat selangor akan berkumpul setempat dan keluar berkempen berkelompok ikut negeri. Maka jentera dilihat ramai dan melimpah-limpah pula. Beza dengan tempat sendiri, terpaksa yang ramai diagihkan gerakerja secara menyeluruh satu kawasan parlimen.

Apa yang memayahkan lagi Hulu Selangor adalah tempat tegar umno atau yang dikatakan kubu umno di mana adanya ladang-ladang dan Felda yang memang dikuasai sepenuhnya oleh BN.Apa pun Hulu PRK Hulu Selangor buat kami menimba pengalaman baru bilamana berkempen di kkawasan pengundi tegar umno di kawasan felda. Akhirnya tembus juga kawasan felda oleh pihak PR dan petugas Pas..rupanya kebanyakan boleh menerima kita. apa yang penting touching setiap pengundi supaya memihak pada PR. Walaupun ada juga pengundi kawasan Melayu tegar tidak sudi membuka pintu rumah mereka, tapi muslimat tetap cekal dan sabar menunggu, asalkan mesej nPR dapat disampaikan.

Tidak sampai sepuluh hari, kami ke Sibu pula menjadi jentera pembantu berkempen di PRK Sibu. Tugas yang diberi ialah berkempen di kawasan Melayu atau penduduk Islam majoriti di Dun Nangka. Maklumat awal yang kami perolehi Dun Nangka adalah juga kawasan tegar menyokong BN di pilihanraya lepas. Kami hanya membayangkan pengundi sarawak sangat-sangat tertutup dengan masyarakat luar dari sarawak. Rupa-rupanya sangkaan kami meleset, bilamana kami pergi rumah ke rumah, pengundi sangat-sangat gembira dengan kehadiran 'orang semenanjung' terutama dari selangor. kami mengambil peluang menceritakan apa yang telah dinikmati oleh rakyat selangor setelah PR memerintah.

Orang Sibu adalah pendengar yang baik, sangat-sangat meraikan tetamu dan mudah berbincang walaupun seorang kakitangan kerajaan atau penghulu yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Rakyat sarawak bersedia berubah rupanya dan menanti-nanti kehadiran Pas bagi memayungi orang Islam dan membela nasib mereka. PRK Sibu membuka jalan buat Pas menyebarkan Islam dan meluaskan pengaruh Islam di Sarawak.
Ramai wargamas yang bertanyakan tuan guru Nik Aziz. Walau pun Tuan Guru Nik Aziz diburuk-burukan dalam media, tidak langsung memberi kesan kebencian kepada rakyat Malaysia khususnya di Sarawak. Rupanya kalau media gembar-gemburkan keburukan seorang pemimpin itu, rakyat lebih ingin mendekati dan ingin tahu bukan lebih membenci.

Strategi umno BN melalui media ternyata gagal mempengaruhi pengundi. Kami jentera muslimat selangor mencadangkan BN meneruskan memburukkan pemimpin kami dari PR sebab ianya akan mendatangkan keuntungan kepada PR sendiri.

Setelah lalui pengalaman berkempen untuk semua parti dalam PR, samada untuk PAS, PKR mahupun DAP, kami dapat rasakan berkempen untuk semua parti dalam PR lebih mendatangkan kepuasan kerana turut berkempen untuk rakan kita dan berkorban apa sahaja demi kemenangan PR.

Di Hulu Selangor Najib keluhatan tidak begitu gembira dengan majoriti 1,700 undi. Mana tidaknya setelah beratu-ratus juta wang ditaburkan tapi hanya menang majoriti seribu lebih utnuk satu kawasan parlimen. Di Hulu Selangor BN sebenarnya menang dalam kalah dan PR kalah dalam menang. Harapan Najib menjadikan Hulu Selangor sebagai kayu pengukur (Indicator) untuk tawan selangor ternyata hampa. Umno BN terpaksa berhempas pulas lagi dan kerja kuat, rompak harta rakyat lagi demi mengekalkan kuasa mereka. Bagi PR mesti kerja kuat dan gigih lagi untuk pertahan kemenangan lima negeri dan menawan putrajaya di PRU 13.

Ksimpulan, kami yakin PR akan menang di Sibu, kami puashati berkempen dan walaupun dengan jentera yang minima, melalui sambutan pengundi yang sangat-sangat baik PR juga akan tawan sarawak pada Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Allahu Akbar!

Hidup PR! Hidup Rakyat!

Hancur Umno! Hancur BN

Ustazah Maryam
Tombalan Pengarah 4
Jabatan Pilhanraya Negeri Selangor

1 comments:

pas-miri said...

Salam,

Satu set back yang ana nampak di dalam kebanyakan tulisan pimpinan PAS berkenaan PRK Sibu, tidak langsung menyentuh PAS Sarawak itu sendiri. Bagi ana, walaupun hanya sempat berkampung di Sibu lima hari sehingga hari pengundian berakhir, satu lonjakan bagi PAS Sarawak di mana ramai petugas2 PAS Sarawak yang hadir menginfaqkan diri. Ana mengira lebih daripada 70 petugas-petugas daripada PAS Sarawak sendiri yang datang dari seluruh pelusuk Sarawak, Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei, Mukah, Kuching. Element ini ana merasakan perlu dilihat oleh kepimpinan PAS untuk mengekalkan momentum dan menambaj extasy bagi memenangi Pilihanraya Sarawak yang akan datang..