Saturday, May 15, 2010

KENYATAAN SHAHRIZAT SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA

Baru-baru ini Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat talah mengeluarkan kenyataan yangmana Selangor telah memecahkan rekod di mana telah mencatatkan kes-kes pembuangan bayi yang tertinggi dalam Negara kita. Begitu juga dengan kes-kes penderaan kanak-kanak Selangor juga mencatatkan yang paling tinggi.
Kenyataan Datuk Seri Shahrizat ini seolah-olah menyembunyikan segala kelemahan Dasar Umno BN yang telah gagal memerintah selama 50 tahun lebih.
Tidak cukup dengan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara yang diperkenalkanoleh kerajaan Malaysia. Kini muncul pula Model Ekonomi Baru yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang bermatlamat mencapai pertumbuhan ekonomi progresif. Namun, sejak tahun 1957 hingga 50 tahun lebih negara kita merdeka, tiada satu pun usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan secara serius untuk membangunkan masyarakat dari aspek pembangunan insan dan kerohanian.

Merujuk kepada Persidangan Dewan Rakyat pada 7 April 2010, Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini, sejak lima tahun lepas bermula 2005.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan bahawa mengikut statistic Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.

“Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu,” katanya.

Fenomena pembuangan bayi menjadi begitu kritikal dan serious serta membimbangkan. yangmana seharusnya, hal ini diberikan perhatian yang serius oleh pemerintah, khususnya kerajaan Umno BN sepanjang 5 tahun yang lalu.

Keruntuhan akhlak memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam
masyarakat itu sendiri.

Kenyataan Shahrizat ini juga seolah-olah disengajakan yangmana ingin memberi suatu gambaran buruk terhadap pemerintahan kerajaan PR Selangor sepanjang dua tahun lalu lebih-lebih lagi disaat kita akan mennghadapi Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor nanti supaya pengundi mendapat suatu gambaran buruk terhadap kerajan PR Selangor dan akan terpengaruh dengan kenyataan tersebut yang akhirnya pengundi akan membuat keputusan di hari pengundi dengan tidak menyokong PR .
Apa yang pasti keruntuhan akhlak dan moral yang menyebabkan gejala social adalah kerana kerajaan Umno BN yang bertanggung jawab yang telah membuka ruang seluas-luasnya supaya gejala ini tumbuh membiak di mana pusat-pusat hiburan masih lagi dibenarkan dengan bebas, pesta-pesta sambutan hari kebesaran negara yang melalaikan yang ditaja oleh Umno BN, tiada larangan yang serious tentang pengedaran dan penjualan arak serta tiada kawalan terhadap penjualan tersebut yangmana begitu mudah untuk mendapatkannya. Dalam masa yang sama program kerohanian dan keagamaan dipandang sepi malah hampir tiada dianjurkan oleh Kerajaan Umno BN. Malah sememangnya pemimpin-pemimpin Umno tidak berminat dengan program keagamaan yang berbentuk anjuran kuliah dan majlis ilmu malah berusaha menghalang kuliah-kuliah pengajian sekiranya ada pihak yang menganjurkan kerana bagi mereka apabila rakyat celik ilmu agama akan mudah menilai dan sudah tentu akan menolak BN kerana segala yang larangan agama dilakukan oleh pemimpin Umno BN seperti rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta menindas rakyat dan mengambil hak rakyat.
Dalam tempoh dua tahun pemerintahan PR Selangor, kerajaan negeri telah berusaha untuk membendung gejala social khususnya pembuangan bayi ini seperti Program Spies di bawah Exco Pendidikan tinggi, pendidikan dan pembangunan insane YB dr Halimah, begitu juga dengan peruntukan kewangan bagi menbantu Sekolah-sekolah agama rakyat dan KAFA di samping diwujudkan satu jawatan kuasa khusus menangani gejala social di bawah portfolio YB Dr Halimah.
Melalui PBT juga usaha untuk menyekat berleluasanya gejala social ini telah pun dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti peraturan larangan menjual arak kepada orang Islam dan tidak boleh menjual kepada mereka yang di bawah umur 18 tahun bagi yang bukan Islam, dalam masa yang sama tidak meluluskan permohonan lessen baru. Begitu juga peraturan membekukan permohonan lesen pusat cyber yang ada unsure-unsur perjudian dan juga rumah-rumah urut, syarat untuk menyambung lesen tersebut diperketatkankan.
Di bawah Exco Agama yang di bawah tanggungjawab YB Dato, Dr Hasan Ali pula, arahan dan galakkan untuk memperbanyakkan kuliah-kuliah pengajian dan majlis ilmu di masjid-masjid secara menyeluruh di masjid-masjid seluruh Selangor sehingga ada peruntukan kewangan khusus bagi membantu masjid-masjid yang tidak mampu untuk membayar sumbangan penceramah. Begitu juga diberi bantuan peruntukan kepada NGO yang membantu usaha dakwah di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Banyak lagi usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengatasi dan membendung gejala social ini. Sudah tentu dalam tempoh dua tahun ini kita belum boleh melihat hasil dan kesan yang begitu ketara ke atas penyelesaian masalah ini tapi sekurang-kurangnya usaha ini telah dimulakan oleh kerajaan PR Selangor. Sekiranya lebih lama lagi memerintah, insyaallah sedikit sebanyak masalah pembuangan bayi ini dapat dibendung malah boleh diselesaikan.
Apa yang pasti, semasa kerajaan BN memerintah Selangor tidak nampak usaha ini dilakukan dan dilaksanankan.
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selangor bersama dengan Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu menyelesaikan masalah social ini khusus di negeri Selangor di mana pertemuan dan berbincangan boleh diadakan dan terus bertindak ke arah menyelesaikan masalah tersebut. Bukan hanya sekadar mendedahkan statistic-statistik, pelancaran program-program yang berbentuk slogan sahaja malah mesti bertindak segera secara agresif dan serious kea rah menyelesaikan masalah ini yang melibatkan semua pihak termasuk pihak NGO.
Yang paling membimbangkan, jika masalah ini tidak ditangani secara serious dan bijaksana berserta perancangan yang teliti pastinya ia akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan negara ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benar menepati kecemerlangan 53 tahun kemerdekaan.

Ustazah Mariam Abdul Rashid
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pas Negeri Selangor

0 comments: